Autogate USJ – Gantikan Sliding Autogate Control Board Terbakar
Gantikan Sliding Autogate Control Board Terbakar
Bila hujan lebat disertai kilat, banyak sistem autogate yang rosak terutamanya di kawasan Lembah Klang. Kami dah terima banyak panggilan servis sebab autogate tak boleh buka selepas hujan atau ribut malam. Antara bahagian yang selalu rosak bila autogate terkena kilat ialah autogate control panel, transformer dan kadang-kadang sekali dengan receiver remote. Ada kes sampai ada bau hangit atau kesan terbakar pada komponen, jadi memang dah boleh agak punca kerosakannya.
Sekiranya anda pun hadapi masalah sama, jangan panik. Kami boleh datang buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk cari bahagian mana yang betul-betul rosak. Selepas itu, kami akan terangkan pada anda apa yang perlu diganti dan anggaran kos pembaikan. Yang bagusnya, kami bawa semua autogate spare parts dalam van servis kami, jadi kalau anda setuju, boleh terus tukar parts dan tak perlu tunggu hari lain. Ini menjimatkan masa dan menyenangkan anda, lebih-lebih lagi kalau anda memang perlukan autogate berfungsi segera.
Servis kami cepat dan teliti—lepas ganti parts rosak, kami akan lakukan testing penuh untuk pastikan autogate anda kembali buka dan tutup seperti biasa. Tak kisah autogate jenama apa pun, kami ada pengalaman dengan macam-macam jenis dan model. Jadi kalau anda baru lepas hujan lebat dan tiba-tiba autogate tak boleh buka, jangan tunggu lama-lama. Lagi cepat dibaiki, lagi kurang risiko kerosakan bertambah. Hubungi kami hari ini untuk servis autogate yang boleh dipercayai dan on-the-spot!

Repair Autogate Panel USJ
Kilat Punca Autogate Board Rosak – Ada Kesan Terbakar
Seperti yang jadi pada customer di USJ Subang Jaya ini dimana ac sliding autogate tak boleh berfungsi selepas hujan serta kilat. Customer beritahu kami masa itu terus hubungi original autogate installer USJ tapi mereka tak boleh datang, katanya outstation dan minta tunggu sehingga minggu depan tapi customer tak boleh tunggu, autogate tak berfungsi, susah untuk keluar masuk lebih-lebih lagi sekarang musim hujan. Kemudian abang customer berikan contact number kami, kami ada pernah servis baiki autogate rumahnya beberapa bulan lepas.
Apabila kami buka kotak autogate, ada kesan terbakar pada sliding autogate control board dan itu ada kesan ketara autogate mungkin rosak disebabkan kilat, dengan persetujuan customer kami terus gantikan autogate board dan 12v autogate transformer baru. Jiran customer juga ada masalah autogate yang sama dan original autogate installer nya tak boleh datang hari ini, itu yang minta kami baiki autogate nya juga dengan menggantikan S3 autogate motherboard, dia menggunakan swing autogate oae. Sekarang autogate customer kami berfungsi seperti biasa.

Baiki Sliding Aytifare Motherboard USJ
Kami Tawarkan Servis Autogate Cepat Dan Berkesan
Kami mengutamakan kecepatan dan kecekapan dalam servis kami. Kami tahu bahawa masalah dengan autogate boleh menyusahkan, dan oleh itu, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa masalah tersebut diselesaikan dengan segera apabila kami tiba. Anda tidak perlu menunggu berhari-hari atau minggu untuk mendapatkan servis autogate yang diperlukan. Apa yang membezakan kami adalah bahawa kami sentiasa membawa bersama kami semua jenis auto gate spare parts untuk pelbagai jenis autogate dan jenama autogate. Ini membolehkan kami menyelesaikan masalah autogate anda pada masa yang sama ketika kami datang untuk servis autogate anda.
Hubungi kami untuk menyelesaian masalah autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Dr Autogate bersama team autogate expert.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate






























