Autogate Installation USJ

Dapatkan Sistem Autogate Baru 2025 Untuk Gantikan Underground Autogate Lama

Dapatkan Sistem Autogate Baru 2025 Untuk Gantikan Underground Autogate Lama

 

Selama hampir 30 tahun, kami telah menyediakan perkhidmatan baiki dan pasang autogate kepada penduduk di Selangor dan KL. Ramai customer telah menggunakan sistem autogate bawah tanah/ underground kami selama lebih daripada 15 tahun, dan kini mereka menggantikan kepada model Tronica® arm autogate system kammi yang terkini. Pada masa itu, satu set sistem underground autogate berharga agak rendah. Sekarang untuk repair underground autogate hargnya tak masuk akal. Oleh kerana tahun 2025 tidak ramai lagi yang menggunakan underground swing autogate dan spare parts underground autogate sangat limited, sebab itu harga baiki underground sangat mahal.

Kami pernah memasang sistem autogate underground, seperti CPT, Radeon, Li Gates, Chubb, Valet, Techno, Aprigate, DKC, Supermax, FBM, Wheels, Celmar, Celmer, Mexigate, EPL, Victor, Door Mex, Gatium, 100 Super A, Powergates, Letron, Xgate, Easy, DC Max, Good 1, Door Guard, Ranger, Baxter, Snontec, CEI, Radion, dan BCM, di kebanyakan rumah ini bertahun-tahun yang lalu.

 

 

Swing Autogate Underground USJ

Swing Autogate Underground USJ

 

 

Celmar Underground Autogate Lama Banyak Komponen Yang Rosak

 

Baru-baru ini, seorang pelanggan dari USJ Subang Jaya buat keputusan yang bijak untuk tukar sistem autogate lama mereka kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Sebelum ni, mereka guna sistem underground swing autogate jenama Celmar, tapi dah lama tak berfungsi dengan baik. Masalah mula timbul dari center lock yang gagal berfungsi, lepas tu gearbox pula rosak sebab autogate tak boleh tutup dan buka sepenuhnya. Akhir sekali, motherboard pun rosak menyebabkan seluruh sistem tak dapat beroperasi langsung. Bila dah banyak sangat kerosakan macam ni, nak baiki pun jadi tak berbaloi sebab kos makin tinggi dan spare parts susah nak cari.

Disebabkan tu, pelanggan mula survey beberapa syarikat autogate di kawasan USJ untuk cari penyelesaian yang lebih jimat dan tahan lama. Selepas buat perbandingan, mereka pilih untuk pasang sistem Tronica® 828 daripada kami sebab yakin dengan kualiti, ketahanan dan sokongan selepas jualan yang kami sediakan. Tronica® 828 bukan saja sesuai untuk rumah biasa, tapi juga mampu kawal pagar yang besar dan berat. Dengan pemasangan baru ni, pelanggan tak perlu lagi risau sistem rosak berulang atau susah nak cari spare parts. Kini autogate mereka kembali berfungsi dengan lancar dan lebih moden dari sebelumnya!

 

Autogate Installation USJ

Autogate Installation USJ

 

Dapatkan Pemasangan Tronica® Arm Autogate System

 

Dr Autogate juga tahu betapa pentingnya memasang autogate dengan betul supaya ia berfungsi dengan baik. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pemasangan autogate profesional untuk memastikan autogate baru anda berfungsi dengan sempurna dari awal. Kami memahami betapa pentingnya pemasangan autogate swing yang betul untuk prestasi optimum.

Hubungi kami untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System. Kualiti servis autogate terbaik yang kami akan berikan yang pastinya anda akan berpuas hati seperti semua pelanggan-pelanggan kami. Tronica® Arm Autogate memang banyak permintaan, boleh dikatakanya setiap hari kami akan lakukan pemasangan kron autogate. Ramai pengguna kron autogate mereka syorkan kepada kenalan mereka yang memerlukan servis pemasangan autogate baru.

Dr Autogate juga menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!