Servis Baiki Autogate Tidak Berfungsi Disebabkan Kilat Di Bangi
Servis Baiki Autogate Tidak Berfungsi Disebabkan Kilat Di Bangi
Kerosakan autogate akibat kilat memang antara masalah yang paling kerap kami jumpa, terutamanya bila musim hujan lebat atau ribut petir di kawasan Lembah Klang. Bila kilat menyambar, sistem autogate yang sambung terus ke elektrik rumah sangat mudah terjejas. Selalunya yang rosak adalah autogate control panel, autogate transformer, atau remote receiver. Kadang-kadang semua sekali rosak. Bila kami buka kotak autogate tu, memang nampak jelas kesan terbakar pada komponen elektronik. Kalau dah macam tu, memang sah-sah la sistem tu dah kena kilat dan perlu dibaiki atau diganti.
Biasanya bila customer call beritahu autogate rosak lepas hujan kilat, kami akan tanya dulu beberapa benda asas. Contohnya, ada tak trip elektrik atau blackout, atau MCB (suis di DB box) ada turun? Kami juga minta customer periksa dan pastikan semua suis di DB dalam keadaan “on”. Kalau semua okay tapi autogate masih tak hidup, kami akan cadangkan untuk reset sistem autogate, caranya mudah je, tutup suis utama elektrik rumah lebih kurang 15 minit, lepas tu buka balik dan cuba lagi. Kadang-kadang autogate yang tak rosak teruk boleh berfungsi semula lepas reset.
Tapi kalau masih tak berfungsi juga, barulah kami akan hantar juruteknik autogate ke lokasi untuk buat pemeriksaan penuh. Dari situ, kami akan semak satu-satu komponen dari wiring, panel, transformer sampai ke motor – dan terus maklumkan kepada customer apa yang rosak dan apa yang perlu ditukar. Yang penting, bila ada masalah autogate selepas kilat, jangan biarkan terlalu lama atau cuba baiki sendiri, sebab komponen elektrik ni agak sensitif dan boleh jadi bahaya. Kalau anda tinggal di kawasan Puchong, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Shah Alam atau sekitar KL dan Selangor, kami sedia datang bantu periksa dan baiki autogate anda.

OAE Autogate Repair Service Bangi
Kilat Telah Merosakan Autogate Control Panel Dan Receiver
Kami dihubungi customer daripada Bangi dimana “remote saya tak boleh pakai lepas hujan n petir smlm, kes mcm nie. Button dalam rumah boleh pakai buka/tutup tp remote je tak boleh pakai. Apabila customer hubungi kami, kami terus ajarkan untuk reset terlebih dahulu tetapi masih tak boleh. Dariapa yang customer beritahu, sudah ada wireman untuk periksa sebab ada masalah dengan wiring dalam rumah dan wiring autogate tidak ada masalah. Cuma wireman tersebut beritahu kotak autogate sudah dimasuki air dan customer tengok tiada bateri autogate didalamnya. Customer tidak tahu tiada autogate battery sehinggalah hari ini apabila wireman tersebut buka kotak autogate. Itu yang sekarang customer dapatkan reliable autogate services.
Setelah kami datang lakukan pemeriksaan, puncaynya adalah disebabkan autogate control panel telah terbakar dan autogate remote receiver pun telah rosak, dengan autogate spare parts autogate lama, kami teruskan gantikan S3 swing autogate control board dan 433mhz autogate remote receiver dan 3pcs remote control. Sekarang autogate customer berfungsi semula seperti biasa.

Baiki Motherboard Autogate Bangi
Disini Dr Autogate Penyelesaian Autogate Terbaik
Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk boleh menggantikan sistem autogate, on the spot boleh buat. Yang penting kami adalah reputable autogate company, yang boleh dipercayai. Kami buat long term business, jauh sekali nak buat penipuan. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk memastikan autogate anda berfungsi semula dengan baik.
Sama ada anda menghadapi masalah dengan autogate sedia ada atau memerlukan pemasangan autogate baru Tronica® Autogate, kami sedia membantu.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





