Bukan Sekadar Pasang Autogate – Kami Akan Servis Baiki Autogate Anda

Bukan Sekadar Pasang Autogate – Kami Akan Servis Baiki Autogate Anda

 

Kami percaya, bila nak pilih servis autogate, perkara paling penting bukan saja kualiti produk, tapi juga servis lepas jualan dan kepuasan pelanggan. Ramai customer yang pernah guna servis kami akan datang semula bila ada masalah atau nak upgrade sistem, sebab mereka yakin kami akan bantu dengan cepat dan jujur. Tak kurang juga yang rekomen servis kami pada kawan dan keluarga. Kepercayaan macam ni memang kami sangat hargai – itulah yang buat kami terus semangat nak berikan servis terbaik, bukan sekadar sekali, tapi berpanjangan.

Kami di Dr Autogate memang utamakan hubungan baik dengan customer. Kami tahu autogate ni bukan barang murah ia satu pelaburan untuk keselamatan dan keselesaan rumah atau premis anda. Sebab tu kami hanya guna jenama autogate yang berkualiti dan dipercayai, dan spare parts pun kami pastikan mudah dapat dan tahan lama. Bukan tu saja, walaupun autogate anda bukan kami yang pasang, kalau ada masalah dan perlukan bantuan, kami tetap akan datang dan bantu cari penyelesaian terbaik. Tak kira anda customer baru atau lama, kami akan layan sama rata sebab matlamat kami mudah: nak pastikan semua customer puas hati dan autogate berfungsi dengan baik setiap masa.

 

Sepanjang 6 Tahun Guna Autogate, Ini Kali Pertama Ada Masalah

 

Baru-baru ni kami terima panggilan daripada seorang customer di Jalan Kebun Shah Alam yang menggunakan Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System generasi pertama, yang kami sendiri pernah pasang kira-kira 6 tahun lepas. Waktu tu, itu adalah kali pertama dia pasang sistem autogate di rumah. Sepanjang 6 tahun guna, langsung tak pernah ada masalah, semuanya berjalan lancar. Tapi secara tiba-tiba malam sebelum tu, autogate tak boleh buka langsung. Disebabkan tak pernah ada isu sebelum ni, customer terus hubungi kami nasib baik dia masih simpan nombor walaupun dah bertahun berlalu.

Sebagai langkah awal, kami minta dia reset autogate dengan cara tutup suis utama elektrik rumah selama 15 minit, kemudian on semula. Lepas buat macam tu, autogate kembali berfungsi macam biasa boleh buka dan tutup tanpa masalah. Tapi malangnya, beberapa hari kemudian, masalah sama terjadi balik. Kali ni walaupun dah reset berkali-kali, autogate tetap tak boleh buka. Jadi kami pun terus set masa dan datang ke rumah customer untuk buat pemeriksaan lanjut. Bila kami cek, memang sah control board sistem Tronica dah terbakar, kemungkinan besar disebabkan oleh power surge atau terkena kilat.

Nasib baik kami memang sentiasa bawa autogate spare parts, jadi bila dah tahu punca, kami terus gantikan dengan S3 swing autogate board yang sama seperti model asal. Tak perlu tunggu atau datang dua kali. Customer juga minta kami tukar backup battery autogate sebab dah agak lama dan tak tahan lama macam dulu. Semua kerja siap dalam masa yang singkat, dan sekarang autogate tu berfungsi semula dengan lancar dan stabil. Customer pun sangat lega dan puas hati sebab servis cepat, barang tersedia, dan tak perlu risau lagi pasal keselamatan pagar rumah.

 

Spare Parts Untuk Semua Autogate Yang Kami Pasang

 

Kami akan pastikan setiap model autogate yang kami pasang seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE 333A Autogate, Dnor 712 vs Dnor 212, E8 arm autogate, Valet, Beninca, G-Force sliding autogate mempunyai spare parts autogate tersedia supaya kami dapat bantu customer dimasa akan datang. Kebanyakan sistem autogate yang kami pasang customer dapat gunakan bertahun lamanya.

Kepada anda yang perlukan autogate baru, model Tronica® Autogate adalah salah satu jenama autogate terbaik kami sama ada untuk swing, folding gate dan sliding autogate sedang mengadakan promosi istimewa sekarang, jadi mereka mendapat tawaran yang hebat. Ini bermakna mereka dapat menikmati semua kelebihan autogate pada harga yang lebih rendah, yang menjadikan pilihan mereka lebih baik.

Kami memberikan best auto gate repair in rawang dengan team kami yang profesional. Antara common autogate problem, masalah autogate yang sering kami baiki autogate tak boleh buka, automatic gate no power, autogate slow, auto gate terbuka sendiri, autogate remote control not working, autogate trip. Bukan itu saja, kami juga auto gate supplier selangor, auto gate supplier KL dan auto gate seller untuk auto gate arm price, sliding auto gate motor price, auto gate kotak price dengan automatic gate malaysia price, kos pemasangan pintu automatik kami boleh buat.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

 

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299 Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate