Punca Arm Autogate Rosak Di Subang Kaya – Kena Langgar
Punca Arm Autogate Rosak Di Subang Kaya – Kena Langgar
Ramai orang ingat arm autogate rosak sebab usia yang dah lama, tapi sebenarnya cara penggunaan harian pun memainkan peranan besar. Contohnya, bila autogate kerap dilanggar kereta, motosikal, atau ditolak dengan kuat semasa buka dan tutup, komponen dalam arm boleh rosak tanpa kita sedar. Gear dalam motor boleh haus, motor jadi lemah, atau ada bahagian yang pecah. Bila ini berlaku, autogate akan mula buat perangai seperti berbunyi tapi pagar tak bergerak, buka separuh jalan, atau langsung tak respon. Bila tanda-tanda ni mula muncul, sebaiknya panggil pakar autogate untuk buat pemeriksaan awal supaya kerosakan tak jadi lebih serius.
Kalau punca masalah memang datang daripada arm autogate, tak semestinya anda perlu tukar satu set autogate yang baru. Dalam banyak kes, hanya arm sahaja yang perlu diganti, sama ada sebelah kiri, sebelah kanan atau kedua-duanya sekali, bergantung pada tahap kerosakan. Komponen lain seperti control board, transformer, remote dan kotak autogate masih boleh digunakan jika keadaannya masih elok. Di Dr Autogate, kami sentiasa sediakan pelbagai spare parts arm autogate untuk jenama-jenama popular di Malaysia. Untuk model lama yang spare parts sudah susah didapati, kami biasanya akan cadangkan penggunaan Tronica® Autogate System yang lebih tahan lasak dan senang untuk penyelenggaraan jangka panjang.
Ramai pelanggan kami rasa lega bila tahu sistem autogate mereka boleh berfungsi semula hanya dengan menukar arm sahaja. Ini bukan saja jimat kos, tapi juga jimat masa sebab tak perlu buat pemasangan besar-besaran. Kalau anda sedang cari installer atau repairer autogate tapi mereka kata spare parts tiada atau suruh tukar sistem baru terus, anda boleh hubungi Dr Autogate. Kami akan periksa dulu, terangkan punca sebenar masalah, dan cadangkan penyelesaian yang paling sesuai dengan bajet anda. Kami faham bila autogate rosak, memang menyusahkan urusan harian sebab tu kami sedia bantu selesaikan masalah dengan cepat, jujur dan harga yang berpatutan.

Swing Arm Autogate Subang Jaya
Sebelah Tukar Dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate
Salah satu customer dari USJ Subang Jaya yang perlukan servis untuk menggantikan arm autogate sahaja. Dari apa yang customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar stainless steel arm autogate sebelah kanan sehingga ada bahagian dalaman rosak serta arm autogate bracket bengkok dan ianya tidak dapat dibaiki lagi. Untuk pengetahuan anda kami pernah datang baiki masa itu oae autogate not opening, jadi kami datang tukar oae autogate control board. Sekarang customer hubungi kami untuk tukar arm autogate rosak.
Asalnya customer menggunakan swing autogate arm, kami ada spare parts untuk menggantikan dengan arm autogate yang sama. Kami juga ada mengesyorkan Tronica®-828 arm autogate, customer telah memililh Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dimana design yang latest serta nampak kukuh. Sekarang setelah gantikan arm autogate tersebut, swing autogate berfungsi semula seperti biasa dan customer sangat berpuas hati dengan servis autogate kami sejak dari dulu lagi.
Kami Ada Pelbagai Jenama Autogate Arm – Yang Terbaik Tronica®
Boleh ke guna arm autogate sebelah lain? Tiada masalah untuk menggunakan arm autogate model yang berbeza, janji cara pemasangan autogate arm dan setting dilakukan dengan baik. Jika anda ingin arm autogate model dan jenama yang sama, kami juga ada spare parts nya. Kami boleh gantikan untuk satu unit arm autogate yang rosak sahaja. Tidak perlu sehingga tukar seluruh set autogate baru.
Dalam sehari banyak tempat kami boleh pergi sama ada nak pasang autogate baru di lembah klang atau buat autogate repair services in Kuala Lumpur & Selangor. Yang mana dengan adanya team yang profesional, peralatan yang cukup dan ada spare parts autogate untuk semua model autogate termasuk tronica, kron, fbm oae arm auto gate system, dnor swing/ folding autogate, millie’s, E8 arm autogate, valet, dea, beninca dan banyak lagi. Sebab itu pemasangan autogate dan servis baiki autogate kami cepat serta berkesan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





