Dnor Arm Autogate Spare Parts Klang

Autogate Sudah Lama Dipasang – Kami Masih Ada Spare Parts Autogate

Autogate Sudah Lama Dipasang – Kami Masih Ada Spare Parts Autogate

 

Setiap pemasangan autogate yang kami buat, kami memang fikir untuk jangka panjang. Bukan sekadar pasang dan siap, tapi kami pastikan spare parts autogate senang dapat walaupun dah guna bertahun-tahun. Kami memang simpan stok untuk pelbagai komponen penting supaya bila ada masalah, tak perlu tunggu lama. Bagi kami, servis lepas jualan itu lagi penting sebab kami nak pastikan autogate anda sentiasa boleh digunakan tanpa masalah.

Kalau anda tengah cari servis autogate yang boleh dipercayai, memang sesuai sangat hubungi kami. Tak kisah autogate tu kami yang pasang autogate atau kontraktor autogate lain sebelum ni, kami tetap boleh bantu repair autogate. Kami faham ramai customer hubungi dalam keadaan urgent, especially bila autogate tak boleh buka atau tutup. Jadi kami memang fokus untuk bagi respon cepat supaya masalah anda boleh diselesaikan secepat mungkin.

Bila team kami datang, kami tak datang kosong. Kami siap bawa spare parts sekali supaya boleh terus baiki on the spot. Dalam kebanyakan kes, masalah autogate boleh settle terus tanpa perlu repeat datang banyak kali. Team kami pun berpengalaman, jadi kerja lebih cepat dan kemas. Kalau autogate rumah anda dah mula buat hal, jangan tunggu lama terus hubungi kami untuk set appointment, kami sedia bantu.

 

Autogate Rosak Seminggu Tak Baiki – Akhirnya Jumpa Kami & Terus Selesai

 

Satu kes di Klang, customer ni sebenarnya pernah pasang autogate dengan kami sekitar tahun 2016, guna model DNOR 712 arm autogate. Bila autogate rosak baru-baru ni, dia cuba hubungi beberapa kontraktor autogate lain di area Klang. Tapi malangnya, ramai yang janji nak datang tapi tak muncul-muncul, sampai hampir seminggu autogate tak boleh guna. Masa tu pula customer tak dapat hubungi kami sebab nombor telefon hilang. Nasib baik selepas cari semula, akhirnya dia jumpa balik contact kami dan terus hubungi untuk minta bantuan.

Bila team kami datang buat pemeriksaan, memang sah arm DNOR 712 tu dah rosak dan perlu ditukar. Kami ada sediakan model yang sama, tapi kami juga cadangkan upgrade ke model terbaru iaitu Tronica®-929 Arm Autogate (model 2026) yang lebih baik dari segi prestasi. Customer setuju untuk tukar kepada model baru tersebut. Proses tukar berjalan lancar dan autogate kembali berfungsi seperti biasa. Customer pun rasa lega sebab akhirnya jumpa servis yang boleh dipercayai dan masalah selesai tanpa tunggu lama.

 

 

Servis Autogate Dipercayai Dengan Spare Parts Sentiasa Tersedia

 

 

Kami hanya menggunakan produk autogate yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan tahan lama. Untuk semua rm autogate dan jenama autogate yang kami gunakan antaranya Tronica® autogate, KRON Autogate OAE autogate, Mexigate, dnor 712 auto gate, dnor 212, dnor 212k, e8, victor, mag, digicraft autogate dan banyak lagi, kami akan menyimpan autogate spare parts. Spare parts autogate sangatlah penting, jika autogate bermasalah boleh hanya menggantikan bahagian yang rosak dan tidak perlu setiap kali autogate bermasalah, kena tukar kepada sistem autogate baru. Sebab itu kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk membantu mereka yang memerlukan.

Boleh ke arm autogate jenama lain digantikan dengan jenama arm autogate yang lain. Boleh, tiada masalah, cuma arm autogate akan jadi tidak sama dengan sebelah lagi jenama autogate asal yang masih berfungsi, dari segi rupa/ design sahaja, tapi fungsinya masih sama. Kami banyak lakukan arm autogate replacement tetapi customer tidak mahu menggunakan jenama autogate asal, mereka memilih Tronica® 929 Arm Autogate atau Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Kami menawarkan arm autogate repair atau replacement untuk pelbagai jenama dan model autogate. Ini bermakna kami dapat memberikan arm autogate yang baru jika arm autogate yang sedia ada memerlukan penggantian, sekiranya autogate arm sudah lama dan spare parts autogate pun tiada dipasaran.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!