Tukar Underground Swing Autogate Lama
Autogate Bukit Jelutong – Tukar Underground Swing Autogate Lama
Di kawasan Bukit Jelutong, memang ramai pemilik rumah teres yang masih menggunakan sistem underground swing autogate. Sejak tahun 2005, kami sudah mula memasang dan membaiki pelbagai jenis autogate untuk customer di seluruh Lembah Klang. Dari jenama lama sampai yang popular sekarang, kami dah ada pengalaman handle macam-macam jenis masalah dan setup. Menariknya, sampai hari ini masih ada pelanggan yang guna underground autogate lama dan ia masih berfungsi dengan baik, menunjukkan sistem ini memang tahan lasak kalau dijaga dengan betul.
Walaupun begitu, ada juga pelanggan yang memilih untuk upgrade ke sistem arm autogate seperti Tronica® Arm Autogate System. Biasanya keputusan ini dibuat sebab faktor penyelenggaraan, kos repair, atau nak sistem yang lebih mudah dijaga. Untuk proses tukar dari underground ke arm autogate, kami tak perlu cabut sistem lama sepenuhnya. Underground autogate akan dibiarkan di tempat asal, dan kami akan tebuk lubang khas untuk keluarkan wiring supaya boleh sambung ke sistem baru dengan kemas dan selamat.
Pemasangan arm autogate pula melibatkan beberapa langkah penting supaya ia berfungsi dengan lancar. Antaranya pemasangan bracket pada tiang gate, setup control box yang lengkap dengan motherboard, transformer dan juga receiver untuk remote 433MHz. Setiap pemasangan akan disertakan dengan remote baru untuk kemudahan pengguna. Kami sentiasa pastikan cara pemasangan ikut standard yang betul dan gunakan barang berkualiti tinggi supaya autogate tahan lama dan kurang masalah di masa akan datang.

Swing Autogate Installation Bukit Jelutong
Li Gates Underground Autogate Sudah Lama Rosak
Kami dihubungi customer daripada Bukit Jelutong yang asalnya menggunakan underground swing autogate Li Gates dan sudah agak lama rosak, customer hanya menggunakan pagar manual. Baru sekarang customer ada bajet untuk lakukan pemasangan autogate baru, itu yang customer hubungi kami untuk dapatkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System, jirannya yang syorkan dimana dia juga menggunakan Tronica® Swing Autogate hampir 5 tahun, so far so good tidak pernah masalah.
Keputusan untuk menggantikan autogate lama dengan Tronica® Autogate adalah pilihan yang bijak, terutamanya apabila jiran-jiran sekeliling telah banyak yang telah pasang autogate baru menggunakan swing autogate arm, ada juga menggunakan Tronica® Arm autogate System dan memberikan ulasan yang baik.

Underground Autogate Bukit Jelutong
Jenama Autogate Terbaik – Tronica® Autogate System
Apa yang membuatkan Tronica® Autogate System istemewa adalah kerana Tronica® Autogate jenis swing arm autogate berkualiti tinggi tetapi tidak terlau mahal. Jika anda telah muak dengan tekaan dan kos untuk membaiki autogate setiap masa, pertimbangkan untuk membuat pilihan yang bijak dengan tukar kepada Tronica® Autogate dan nikmati ketenangan yang datang dengan penyelesaian autogate yang boleh dipercayai dan berpatutan yang mempunyai sokongan tempatan. Sebab itu ramai pengguna Tronica® Autogate yang berpuas hati mereka akan syorkan kepada kenalan.
Hubungi kami untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System. Kualiti servis autogate terbaik yang kami akan berikan yang pastinya anda akan berpuas hati seperti semua pelanggan-pelanggan kami. Tronica® Arm Autogate memang banyak permintaan, boleh dikatakanya setiap hari kami akan lakukan pemasangan kron autogate. Ramai pengguna kron autogate mereka syorkan kepada kenalan mereka yang memerlukan servis pemasangan autogate baru.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!




