Swing Auto Gate Bearing Repair Shah Alam

Pasang Bearing Untuk Swing Auto Gate Di Ampang

Pasang Bearing Untuk Swing Auto Gate Di Ampang

 

Kali ini job bukan untuk pemasangan Tronica® 929 Arm Autogate System atau baiki autogate motor, autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate arm. Servis kami diperlukan di Shah Alam untuk pasang bearing untuk swing autogate, memang sebelum ini pagar swing tersebut memang tiada bearing.

Sesetengah rumah memang tidak dipasangkan bearing pagar oleh developer mereka. Hanya plate penyampung pagar ke pillar autogate digunakan. Boleh sahaja, tak ada masalah pun, yang bertahan berpuluh dan belasan tahun, ada juga kes yang tak tahan lama, lebih-lebih lagi yang menggunakan autogate.

Berbalik pada customer tadi, bahagian penyambung itu dah tercabut. Kami boleh weldingkan semula dan kami juga syorkan untuk pasang bearing pagar supaya bergerakkan autogate swing lebih lancar. Dan customer pun setuju untuk kami pasangkan bearing. Total 4 unit bearing pagar swing, dua unit disebelah kanan dan dua unit disebelah kiri. Kami menggunakan teknik yang betul dan pastikan proses berjalan dengan baik.

 

Auto Gate Services Ampang

Auto Gate Services Ampang

 

 

Servis Tukar Dan Baiki Pagar Autogate – Technician Berpengalaman

 

Ramai orang tak tahu, gate bearing memainkan peranan penting untuk pastikan pintu pagar automatik buka dan tutup dengan lancar. Kalau bearing dah haus, pecah atau tercabut, pagar autogate akan jadi sama level, berat bila nak bergerak dan kadang-kadang pagar tak rapat bila ditutup. Masalah ni tak boleh dibiarkan lama sebab lama-kelamaan ia akan rosakkan komponen lain pula. Di pihak kami, memang ada pelbagai jenis dan saiz bearing yang sesuai ikut keperluan pintu pagar anda. Jadi kalau autogate anda ada tanda-tanda bermasalah, jangan tunggu sampai makin teruk, terus hubungi kami.

Untuk kerja swing gate bearing replacement, ia bukan kerja mudah kerana memerlukan tenaga kerja mencukupi, kemahiran dan peralatan lengkap. Ramai installer autogate lain tak berani buat sebab mereka kurang pengalaman atau tak ada manpower untuk uruskan kerja berat ini. Tetapi team kami sudah biasa buat kerja ini dari buka bearing lama, pasang yang baru sampai pastikan alignment pintu betul-betul tepat. Kalau anda perasan pagar rumah dah tak sama level, pintu susah nak rapat atau bunyi kasar bila bergerak, itu tanda jelas bearing dah rosak. Bila kami datang, bukan saja tukar bearing, tapi juga akan buat pemeriksaan penuh untuk pastikan semuanya kembali smooth.

 

Swing Auto Gate Bearing Repair Shah Alam

Swing Auto Gate Bearing Repair Shah Alam

 

 

Perbezaan Kontraktor Autogate Lain Dengan Dr Autogate

 

Perbezaan utama Dr Autogate berbanding syarikat lain adalah kemampuan kami untuk menawarkan servis autogate yang lengkap dan menyeluruh. Kami bukan sekadar baiki motor autogate, tetapi juga pakar dalam semua komponen pintu pagar seperti roda, trek, bearing, dan sistem kawalan. Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami mampu kenal pasti punca masalah dengan cepat dan selesaikannya dalam satu kunjungan sahaja. Pendekatan “one stop solution” ini menjimatkan masa dan memastikan autogate anda berfungsi lancar serta selamat digunakan.

Pasukan Dr Autogate terdiri daripada juruteknik dan jurutera berpengalaman yang membawa pelbagai spare parts berkualiti tinggi untuk setiap kunjungan. Tidak kira sama ada motor rosak, bearing haus, roda tercabut, atau trek longgar, semuanya boleh diperiksa dan dibaiki terus di tempat. Selain itu, kami juga sedia pasang autogate baru termasuk jenama terkenal seperti Tronica® Autogate, memastikan sistem berfungsi optimum dari awal lagi. Dengan servis pantas, profesional dan lengkap, Dr Autogate memastikan pelanggan mendapat penyelesaian yang memuaskan dan tahan lama.

 

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate