Puchong Autogate Services – Baiki Autogate Baru Bermasalah
Puchong Autogate Services – Baiki Autogate Baru Bermasalah
Salah satu servis autogate kami semalam adalah baiki dnor 212 autogate baru di Puchong. Dari apa yang customer beritahu, autogate dnor 212 baru sahaja dipasang dalam tahun lepas dan masih dalam warranty lagi, sebab autogate installer janjikan warranty 2 tahun. Cumanya sekarang customer tidak dapat cari original autogate installer tersebut. Cuba hubungi mereka tapi tak dapat, nama syarikat autogate mereka pun customer tidak tahu.
Bila autogate tiba-tiba rosak atau tak berfungsi, memang customer akan terus cari dan hubungi installer asal yang pasang autogate tersebut dulu lebih-lebih lagi sistem autogate tersebut masih baru. Memang logik pun, sebab mereka yang pasang, jadi mereka sepatutnya lebih tahu sistem autogate itu. Tapi realitinya, tak semua installer beri sokongan lepas pemasangan. Ada installer autogate yang dah tukar nombor, ada yang dah tak buat kerja autogate, malah ada juga yang tak mahu ambil tanggungjawab bila autogate mula bermasalah. Lebih menyusahkan bila mereka tak ada spare parts atau tak cukup pengalaman untuk baiki masalah tertentu. Keadaan ini memang boleh buat customer jadi stress, terutamanya bila autogate rosak pada waktu yang tak sesuai seperti awal pagi atau lewat malam.
Itu yang jadi pada customer di Puchong tadi, apabila nak keluar beli makanan untuk makan malam tiba-tiba autogate tak boleh buka, jadi customer terus hubungi satu nombor kontraktor autogate yang dia simpan, tapi malangnya tak dapat, memang stress dibuatnya. Nak taknak, kena cari autogate repairer yang lain dan kali ini customer nak cari autogate repairer Puchong yang boleh dipercayai. Sebab sebelum ini customer terjumpa autogate murah dekat facebook, tanpa usul periksa, terus deal dengan mereka untuk pasang autogate.

Baiki Autogate Saujana Puchong
Kami Yang Jaga Autogate Ini Setelah Original Autogate Installer Hilang
Itu yang sekarang customer tanya pada abangnya, kemudian abangnya bagi contact Dr Autogate. Abangnya terus guna service autogate kami dari dulu lagi dan tak pernah ada masalah.
Sebelum ke rumah customer akan spare parts autogate yang biasa digunakan seperti control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver autogate arm. Setiap satu spare parts kami akan bawa lebih dari satu, untuk autogate control board kami ada pelbagai jenis. Technician pengalaman kami bawa spare parts autogate bersama mereka.
Kami datang lakukan autogate troubleshooting, kami sahkan yang autogate control board rosak, kami tak rasa ini motherboard autogate baru yang installer sebelum ini gunakan. Kami tunjuk pada customer board autogate yang digunakan sekarang dengan autogate board baru yang kami punya. Customer sedar yang dia telah kena tipu, jadi untuk penyelesaiannya kami gantikan autogate board original dan baru. Sekarang kamilah yang jaga autogate customer setelah original installer hilang entah kemana.

Autogate Repairer Saujana Puchong
Syarikat Servis Autogate Terbaik Di Malaysia
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System.
Kami boleh repair pelbagai jenis autogate dan jenama autogate seperti dcmoto dc925, dcmoto dc975, dnor 212, dnor 712, dnor 212k, and oae 333a, Beninca, DEA, Valet, Nica, FAAC, dan banyak lagi. Dengan team kami yang pakar serta autogate spare parts yang ada, masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan mudah cepat dan berkesan.


Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate





