Auto Gate Cheras – Salah Satu Servis Menggantikan Folding Auto Gate Roller
Auto Gate Cheras – Salah Satu Servis Menggantikan Folding Auto Gate Roller
Job tukar roda autogate kami kali ini di Cheras dimana folding auto gate wheels yang bermasalah dan sudah berkarat serta auto gate roller hampir tercabut jadi customer telah mendapatkan servis kami untuk lakukan auto gate roller replacement. Asalnya customer menggunakan metal auto gate roller dan customer beritahu sepanjang menggunakan folding auto gate ini, sudah beberapa kali tukar auto gate roller dan ia dilakukan oleh kontraktor pagar yang sama. Kemudian ada kawan syorkan, cuba panggil autogate company, itu yang customer mempercayai kami.
Dirumah customer ini di Cheras ada dua job yang kami perlu lakukan, pertama replace auto gate roller roller, kami guna 304 stainless steel auto gate wheel dan kemudian customer juga minta kami tukar bateri autogate, katanya beberapa hari lepas hujan lebat, satu rumah trip, kemudian nak keluar beli sesuatu tapi autogate tak boleh buka. Masa ada eletrik semula barulah autogate boleh jalan. Tak lama pun masa yang kami ambil untuk selesaikan dua perkara ini.
Kemudian job autogate kami diteruskan di Taman Melawati Ampang untuk tukar 2 unit arm autogate lama dengan Tronica® 929 Arm Autogate.

Repair folding Auto Gate Roller Cheras
Kami Bantu Baiki Autogate Anda Di Klang Valley
Setiap hari team Dr Autogate bergerak ke banyak lokasi sekitar Klang Valley untuk membantu customer yang memerlukan servis autogate. Ada customer yang perlukan repair autogate sebab gate tak boleh buka dan ada juga yang hubungi kami untuk tukar roller gate yang sudah rosak atau haus. Kami juga ada lakukan pemasangan Tronica autogate hampir setiap hari. Disebabkan kami menerima pelbagai jenis kes setiap hari, kami memang sentiasa bersedia dengan pelbagai spare parts autogate di dalam kenderaan servis kami. Untuk job yang sudah confirm appointment, technician akan siap standby spare parts atau set autogate baru lebih awal sebelum bergerak ke lokasi customer supaya bila sampai nanti boleh terus mula kerja tanpa buang masa. Ini juga membantu proses repair jadi lebih cepat dan lancar.
Selain itu, kami juga sentiasa membawa spare parts penting seperti arm autogate, motherboard autogate, transformer, remote control, remote receiver, bateri autogate dan roller gate kerana banyak kes tambahan boleh berlaku semasa pemeriksaan dibuat. Kadang-kadang customer ingat masalah kecil sahaja, tapi bila kami check rupanya ada komponen lain yang sudah lemah atau rosak. Sebab itu kami lebih suka datang dengan persediaan lengkap supaya masalah boleh terus diselesaikan pada hari yang sama. Kami memang cuba elakkan datang banyak kali kerana ia boleh melambatkan kerja, membuang masa customer dan menambah kos. Ada customer yang decide nak pasang autogate baru juga dan kami bolleh pasang autogate tersebut on the spot. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang autogate, kami tahu betapa pentingnya servis yang cepat, kemas dan terus siap.

Baiki Roda Autogate Cheras
Penyelesaian Masalah Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Kami lakukan servis baiki, pasang autogate serta ada spare parts untuk pelbagai jenama autogate seperti Tronica®, kron, fbm, mexigate, dcmoto dc925, dcmoto dc975, dnor 212, dnor 712, dnor 212k, oae 333a, gforce sliding autogate, valet technology autogate, dea gulliver sliding autogate, victor autogate, mag autogate, good 1 autogate dan banyak lagi. Hubungi kami, nyatakan apa yang anda perlukan, kami sedia membantu.


Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





