Baiki Autogate Motherboard Sepang

Baiki Autogate Sepang – Penyelesaian Masalah Autogate Motherboard

Baiki Autogate Sepang – Penyelesaian Masalah Autogate Motherboard

 

Salah satu job autogate kami semalam ke Sepang. Ceritanya dari apa yang customer beritahu, dah lama pening kepala cari orang yang boleh baiki autogate yang dah tak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, installer asal ada datang tengok, tapi bila periksa, mereka tak ada spare part untuk built-in autogate control panel yang digunakan customer ni. Mereka cakap kena tunggu barang sampai, tapi tak tahu pula berapa lama nak tunggu. Autogate ni penting sebab memudahkan buka tutup pagar setiap hari bila rosak, memang menyusahkan. Customer pun dah hilang sabar, dan kebetulan jiran sebelah rumah syorkan kami di Kedai Autogate, sebab jiran tu dulu pun pernah guna servis kami dan puas hati.

Kami memang hargai bila customer tolong kenalkan servis kami, sebab kami pun memang serius dan ikhlas bantu selesaikan masalah autogate dengan cepat dan betul. Terima kasih kepada customer yang mempercayai kami.

 

Baiki Autogate Tak Berfungsi Sepang

Baiki Autogate Tak Berfungsi Sepang

 

 

Built Autogate Board Lama Rosak – Tukar Autogate Board Biasa

 

Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati autogate remote control tidak boleh digunakan dan customer hanya buka tutup autogate menggunakan remote autogate dan tidak switch autogate dalam rumah. Pemasang autogate sebelum ini menggunakan autogate control board yang terbina sekali dengan autogate remote receiver. Kami pun terangkan dengan jelas pada customer pasal perbezaan antara built-in control panel dan autogate control panel biasa. Untuk yang built-in ni, receiver autogate dah sekali dengan panel, jadi kalau salah satu rosak, kena tukar satu set terus. Berbeza dengan control panel biasa, kalau receiver rosak, tukar receiver je.

Biasanya menasihati agar menggunakan autogate board dan remote receiver secara berasingan kerana ia lebih murah, jika autogate remote receiver rosak boleh ganti parts itu sahaja. Ini kerana jenis built in control board autogate harga lebih tinggi dan ianya bukan common autogate board jadi tidak semua autogate repairer dapat memperolehinya. Setelah mendengar penerangan kami, customer bersetuju untuk menggantikan swing S3 autogate control board dan 433Mhz autogate remote set yang didatangi dengan remote receiver dan 3 unit autogate remote control. Ianya adalah berasingan. Sekarang autogate customer berfungsi semula seperti biasa. Kami selesaikannya pada waktu yang sama.

Kerosakan pada autogate control panel atau motherboard autogate memang perkara yang biasa berlaku kepada pengguna autogate. Bila autogate control panel rosak, biasanya autogate terus tak boleh buka atau tutup, sama ada guna remote atau suis dalam rumah. Kami sentiasa bawa auto gate spare parts bersama, jadi bila jumpa autogate parts atau komponen yang rosak, kami boleh terus tukar pada masa itu juga. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan on the spot tanpa perlu tunggu lama. Servis kami fokus kepada kerja yang cepat, mudah dan berkesan supaya autogate anda boleh digunakan semula tanpa ganggu rutin harian.

 

Baiki Autogate Motherboard Sepang

Baiki Autogate Motherboard Sepang

 

 

Syarikat Servis Autogate Terbaik Di Malaysia

 

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Dr Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.

Salah satu model terbaik Tronica® Autogate untuk swing/ folding gate Tronica® 929 Arm Autogate System atau Tronica®-727 Arm Autogate. Untuk sliding autogate kami ada Tronica®-328 DC Sliding Autogate System dan untuk AC sliding autogate ada pelbagai iaitu Tronica®-1500 AC Sliding Autogate System, Tronica®-2000 AC Sliding Autogate System untuk kilang pula kami ada Tronica®-3000 AC Sliding Autogate System sehinggan Tronica® yang boleh support sehingga 6000kg.

Kami boleh repair pelbagai jenis autogate dan jenama autogate seperti dcmoto dc925, dcmoto dc975, dnor 212, dnor 712, dnor 212k, and oae 333a, Beninca, DEA, Valet, Nica, FAAC, dan banyak lagi. Dengan team kami yang pakar serta autogate spare parts yang ada, masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan mudah cepat dan berkesan.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate