Arm Autogate Rosak Sebelah? Servis Cepat & Tukar Spare Parts Di Dr Autogate
Arm Autogate Rosak Sebelah? Servis Cepat & Tukar Spare Parts Di Dr Autogate
Pernah tak anda alami situasi bila tekan remote autogate, tapi hanya sebelah daun gate sahaja yang bergerak? Terutamanya untuk gate rumah yang jenis kecil, memang menyusahkan sebab kereta tak boleh keluar masuk dengan mudah. Terpaksa turun buka manual daun yang tak bergerak, kadang-kadang sampai kena cabut arm autogate yang rosak. Situasi ni memang boleh buat kita hilang sabar, lagi-lagi bila dah lambat nak pergi kerja. Berdasarkan pengalaman kami, masalah macam ni memang kerap berlaku, dan kebiasaannya punca utamanya ialah arm autogate yang lemah atau rosak. Tapi sebelum terus buat pembaikan atau penggantian, kami akan buat pemeriksaan lengkap supaya tahu betul-betul punca masalah dan customer tak bazirkan kos untuk kerja yang tak perlu.
Yang bagusnya, kami sentiasa standby arm autogate spare parts untuk pelbagai jenama popular seperti Tronica®, Kron, Dnor 712, Dnor 212, OAE 333A dan beberapa jenama lain. Jadi bila arm autogate rosak, kami boleh terus tukar di tempat pelanggan tanpa perlu tunggu hari lain. Ini memang menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan. Kalau model arm autogate tertentu sudah tiada di pasaran, kami boleh cadangkan jenama lain yang serasi. Contohnya, sebelah kanan rosak dan asalnya guna Dnor, kami boleh tukar kepada Tronica® arm autogate manakala sebelah kiri yang masih elok boleh terus guna. Komponen lain seperti control panel, transformer dan bateri masih boleh digunakan seperti biasa, jadi customer tak perlu risau tentang kos tambahan.
Dengan servis macam ni, autogate rumah anda boleh kembali berfungsi sepenuhnya dan anda tak perlu lagi buka manual setiap kali keluar masuk. Servis ini bukan sahaja cepat, tapi juga menjimatkan dan lebih selamat. Fokus kami ialah memastikan autogate anda stabil, lancar dan tahan lama, walaupun sebelah arm asal diganti dengan jenama lain yang serasi. Nak autogate rumah berfungsi sempurna tanpa pening kepala? Hubungi Dr Autogate dan kami akan pastikan masalah arm autogate anda selesai dengan cepat dan profesional.

Arm Autogate Repair Klang
Tukar Arm Autogate 1 Unit Dengan Tronica®-929 Arm Autogate
Banyak baru-baru ini kami lakukan servis baiki dnor 212 autogate arm dan salah satunya di Klang ini menggunakan dnor autogate system tapi ada masalah sebelah tak boleh buka, untuk keluarkan kereta kami ajar untuk buka manual terlebih dahulu sebab customer urgent ambil anak sekolah. Kemudian kami datang lakukan pemeriksaan dnor autogate dan seperti dijangka sebelah dnor arm autogate tak berfungsi dan autogate parts yang lain masih okay.
Perkara pertama customer hubungi kami, terus tanya jika kami boleh baiki dan masih ada spare parts untuk tukar arm autogate jika ia rosak. Customer juga tanya jika ada arm autogate yang lain. Kami inform customer terlebih dahulu, jika autogate arm itu rosak, kami boleh gantikan Tronica®-929 Arm Autogate. Setelah lakukan pemeriksaan dan sahlan autogate arm dnor itu rosak, customer terus minta kami gantikan dengan Tronica®-929 Arm Autogate.
Baiki Dan Tukar Arm Autogate Di Lembah Klang
Masalah arm autogate boleh dikatakan berat juga, autogate arm yang bagus boleh tahan sehingga lebih 10 tahun. Sekiranya hanya sebelah sahaja arm autogate yang rosak, boleh diganti sebelah, tidak perlu ganti sistem autogate baru, tukar semua baru. Lebih-lebih lagi ada guna famous autogate brand, spare parts arm autogate mudah dapat dipasaran jadi boleh guna arm autogate yang sama. Tapi jika spare parts autogate arm anda tiada dipasaran, boleh sahaja ganti sebelah arm, tapi berlainan design dan model arm autogate tersebut. Sepanjang dalam industri autogate ini macam-macam jenama autogate kami telah kendalikan dan yang paling bagus adalah Tronica® Arm Autogate Systemn
Kami mempunyai auto gate spare parts untuk semua autogate model. Kami adalah autogate repair specialist dan auto gate repair expert, semua spareparts autogate kami, jadi anda tak perlu tunggu lama. Sekali kami datang, kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai. Pelbagai servis autogate yang kami tawarkan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





