Autogate Arm Repair Ampang

Autogate Ampang – Arm Autogate Rosak dan Bracket Bengkok Akibat Dilanggar

Arm Autogate Rosak dan Bracket Bengkok Akibat Dilanggar

 

Selamat Pagi. Kami dihubungi customer daripada Ampang Jaya yang merupakan customer lama yang kami pasang sistem autogate Tronica® dalam 4 tahun lepas. Dari apa yang customer beritahu, anaknya tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut. Dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta yang menyebabkan autogate arm rosak, cable arm autogate putus serta bracket arm juga bengkok. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kanan sahaja yang bermasalah dan masih boleh diperbaiki tanpa perlu mengganti keseluruhan sistem.

Kami segera memberi respon kepada masalah customer ini dan datang untuk menggantikan arm autogate yang rosak dengan model terbaru, iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate yang sama. Dengan pemasangan arm autogate yang baruini, masalah dapat diselesaikan dengan segera, dan autogate mereka kembali berfungsi dengan baik seperti sedia kala. Kami sangat berpuas hati kerana dapat memberikan penyelesaian yang cepat dan efisien, memastikan pelanggan kami tidak mengalami gangguan lebih lama.

 

 

Autogate Arm Price Ampang

Autogate Arm Price Ampang

 

Elak Terlanggar Autogate – Tips Ringkas Tapi Penting

 

Pernah tak terlanggar pintu autogate? Jangan pandang remeh, sebab ia boleh buat autogate anda rosak serius. Antaranya arm autogate patah, bracket tercabut, atau autogate tak boleh tutup sepenuhnya. Dalam kes yang teruk, pintu pagar boleh jatuh! Kerosakan macam ni bukan saja menyusahkan, tapi kos pembaikannya pun boleh tinggi. Tapi jangan risau, kami ada spare parts autogate berkualiti dan servis cepat untuk pastikan sistem autogate anda berfungsi macam biasa semula.

Satu tip penting: sentiasa berhati-hati bila guna autogate, terutamanya bila undur kereta. Walaupun pintu dah hampir terbuka, pastikan anda bagi ruang cukup dan tunggu pintu betul-betul terbuka sebelum bergerak. Jangan main undur je tanpa tengok keadaan pintu. Kalau tersalah langkah, arm autogate atau bahagian lain boleh rosak dan kos pembaikan boleh dielakkan kalau kita lebih berhati-hati.

Bila nak masuk rumah pun sama, pastikan autogate dah terbuka sepenuhnya sebelum kereta masuk. Perhatikan juga pintu yang lebih kecil sebab arm autogate bawah pintu boleh jadi halangan. Kalau terlanggar, arm boleh rosak dan sistem autogate jadi bermasalah. Jadi, buka pintu dengan sempurna dan masuk perlahan-lahan. Dengan cara ni, bukan sahaja elak kerosakan, tapi autogate anda boleh tahan lama dan berfungsi dengan baik.

 

Autogate Arm Repair Ampang

Autogate Arm Repair Ampang

 

 

Kami Menyimpan Autogate Spare Parts Yang Banyak

 

Kami di Dr Autogate mempunyai dan menyimpan auto gate spare parts yang banyak untuk pelbagai model dan jenama autogate, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari spare parts. Hubungi sahaja kami dan hantarkan gambar parts/ components autogate yang anda cari. Sekiranya kami lakukan autogate services, kami akan membawa semua autogate spare parts bersama. Yang pastinya, kami dapat gantikan auto gate parts yang rosak on the spot, masalah autogate selesai dengan cepat. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System yang merupakan jenama autogate yang terkenal.

Dalam sehari banyak tempat kami boleh pergi sama ada nak pasang autogate baru di lembah klang atau buat autogate repair services in Kuala Lumpur & Selangor. Yang mana dengan adanya team yang profesional, peralatan yang cukup dan ada spare parts autogate untuk semua model autogate termasuk tronica, kron, fbm oae arm auto gate system, dnor swing/ folding autogate, dnor heavy duty autogate system, millie’s, E8 dan banyak lagi. Sebab itu pemasangan autogate dan servis baiki autogate kami cepat serta berkesan.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!