OAE Arm Autogate Repair Cheras

Autogate Cheras – OAE Autogate Buka Sebelah Je? Memang Menyusahkan!

OAE Autogate Buka Sebelah Je? Memang Menyusahkan!

 

Hai semua. Pernah tak jadi situasi bila nak keluar rumah, tiba-tiba autogate buka sebelah je? Memang stres kan, lagi-lagi kalau ruang depan rumah sempit sampai kereta langsung tak boleh keluar. Masalah ni biasa jadi pada jenis swing autogate, sebab salah satu arm autogate dah lemah atau rosak. Kadang-kadang kita dah panggil installer asal atau tukang baiki lain, tapi masalah tetap tak selesai juga. Kalau dah jadi macam ni, jangan tunggu lama hubungi kami terus supaya boleh kami periksa dan betulkan dengan cepat.

Sekiranya anda guna model OAE Autogate 333A atau OAE Swing Autogate, memang anda bertuah sebab kami memang pakar untuk model ni. Kami ada pengalaman luas baiki model OAE dan stok spare parts pun lengkap. Kalau hanya satu arm rosak, tak perlu buang duit tukar satu set autogate baru kami boleh ganti 1 unit arm yang rosak saja. Semua spare parts yang kami guna baru, original dan sesuai dengan sistem autogate anda, jadi tak perlu risau pasal keserasian atau ketahanan. Kami pastikan setiap penggantian dibuat dengan kemas dan sistem berfungsi semula macam asal.

Ramai customer rasa lega bila tahu kami sentiasa ada stok untuk pelbagai jenama autogate, termasuk yang dah susah nak cari di pasaran. Bila kami datang, kami terus buat pemeriksaan, cari punca masalah dan ganti part yang rosak on the spot. Tak perlu tunggu berhari-hari, tak perlu risau autogate tersadai depan rumah. Lepas kami baiki, autogate akan kembali lancar seperti biasa buka dua-dua sisi tanpa sangkut. Barulah tenang setiap kali nak keluar atau balik rumah, tak perlu lagi risau pintu automatik tak nak buka!

 

 

Swing Arm Autogate Repair Cheras

Swing Arm Autogate Repair Cheras

 

 

Tukar 1 Unit OAE 333A Arm Autogate Dengan Tronica® Arm

 

Salah satu customer daripada Cheras memerlukan servis baiki autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, pertama original autogate installer dulu memang sudah hilang, call tak dapat. Kedua customer call kontraktor autogate Ampang tapi mereka tak datang lagi, terus cakap tak ada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan dan tak boleh tukar satu batang autogate arm dan minta customer untuk pasang autogate set baru. Ketiga, customer hubungi kami Dr Autogate, kami beritahu akan datang lakukan arm autogate troubleshooting dengan bersama autogate spare parts. Kami juga beritahu yang kami tiada arm autogate spare parts untuk model/ jenama arm autogate sama customer gunakan, tapi boleh gunakan jenama autogate lain. Itu yang customer terus minta kami datang secepat mungkin.

Selepas troubleshooting, memang confirm arm autogate sebelah kanan telah rosak. Components lain seperti autogate motherboard, autogate transformer dan auto gate remote control masih lagi berfungsi. Kami akan gunakan jenama Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Jadi kami gantikan dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate untuk sebelah kanan. Nanti jika sebelah kanan pula rosak, akan hubungi kami untuk dapatkan arm autogate replacement.

 

 

OAE Arm Autogate Repair Cheras

OAE Arm Autogate Repair Cheras

 

 

Kami Menyimpan Autogate Spare Parts Yang Banyak

 

Kami di Dr Autogate mempunyai dan menyimpan auto gate spare parts yang banyak untuk pelbagai model dan jenama autogate, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari spare parts. Hubungi sahaja kami dan hantarkan gambar parts/ components autogate yang anda cari. Sekiranya kami lakukan autogate services, kami akan membawa semua autogate spare parts bersama. Yang pastinya, kami dapat gantikan auto gate parts yang rosak on the spot, masalah autogate selesai dengan cepat. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System yang merupakan jenama autogate yang terkenal.

Dalam sehari banyak tempat kami boleh pergi sama ada nak pasang autogate baru di lembah klang atau buat autogate repair services in Kuala Lumpur & Selangor. Yang mana dengan adanya team yang profesional, peralatan yang cukup dan ada spare parts autogate untuk semua model autogate termasuk tronica, kron, fbm oae arm auto gate system, dnor swing/ folding autogate, millie’s, E8 arm autogate, valet, dea, beninca dan banyak lagi. Sebab itu pemasangan autogate dan servis baiki autogate kami cepat serta berkesan.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!