Dnor Arm Autogate Repair Cyberjaya

Autogate Cyberjaya – Swing Arm Autogate Sebelah Tak Boleh Buka

Autogate Cyberjaya – Swing Arm Autogate Sebelah Tak Boleh Buka

 

Hanya sebelah sahaja yang terbuka dan sebelah lagi tiada apa-apa respon? Untuk pintu pagar design yang agak kecil, nak keluarkan kereta pun tidak lepas. Dapatkan penyelesaian masalah autogate anda denga segera, hubungi Dr Autogate untuk dapatkan temu janji. Daripada pengalaman kami dimana hampir setiap hari kami servis baiki autogate sebelah tidak boleh dibuka dan selalunya ada masalah dengan autogate arm. Apa-apa pun kami akan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk kepastian masalah.

Tidak kira apa model atau jenama arm autogate yang anda gunakan, kami boleh bantu menggantikan hanya sebelah arm autogate yang rosak, tidak perlu tukar keseluruhan sistem autogate. Jika arm autogate asal anda sudah tiada spare parts di pasaran, jangan risau. Anda masih boleh ganti dengan jenama lain yang sesuai, contohnya Tronica® autogate arm yang direka untuk serasi dengan pelbagai jenis sistem.

Sebelah arm yang rosak boleh digantikan dengan jenama baharu Tronica® Arm Autogate yang lebih heavy duty, manakala sebelah arm yang masih elok boleh dikekalkan. Komponen lain seperti control panel, transformer, dan bateri autogate masih boleh digunakan semula tanpa sebarang masalah. Fungsi sistem tetap sama, hanya reka bentuk arm sahaja yang berbeza — tiada isu dari segi operasi dan prestasi.

 

Swing Autogate Repair Cyberjaya

Swing Autogate Repair Cyberjaya

 

1 Batang Dnor Arm Autogate Rosak Gantikan Dengan Tronica® 929 Arm Autogate

 

Banyak baru-baru ini kami lakukan servis baiki dnor autogate arm dan salah satunya di Cyberjaya ini menggunakan dnor 712 autogate system tapi ada masalah sebelah kiri tak boleh buka dan tidak dapat keluarkan kereta, terpaksa minta tolong adiknya untuk hantarkan anak pergi sekolah. Walaupun bukan kami yang pasang dnor autogate tersebut tapi kami berbesar hati dapat bantu customer. Dari apa yang customer beritahu kami, dia ada hubungi ada kontraktor baiki autogate Cyberjaya, melalui telefon kontraktor tersebut beritahu mereka ada semua autogate spare parts dan boleh baiki dnor autogate lama. Apabila sampai tempat customer, apa pun tak bawa, auto gate spare parts semua tak ada. Dan beritahu customer dnor autogate sudah lama, lebih baik pasang autogate baru. Tapi customer ingin baiki dnor autogate tersebut dahulu kerana tiada bajet untuk pasang autogate baru. Akhirnya abang customer yang syorkan EE Automation dimana dia juga pengguna dnor autogate dan kami pernah datang membaikinya.

Kemudian kami datang lakukan pemeriksaan dnor autogate dan seperti dijangka sebelah dnor arm autogate tak berfungsi dan autogate parts yang lain masih okay. Mulanya kami offer untuk gantikan sebelah dnor 712 autogate arm tapi customer minta jenama arm autogate lain sebab katanya ingin cuba model autogate lain pula. Jadi kami gantikan best swing arm autogate iaitu Tronica® 929 Arm Autogate.

 

Dnor Arm Autogate Repair Cyberjaya

Dnor Arm Autogate Repair Cyberjaya

 

Servis Baiki Arm Autogate Di Klang Valley

 

Masalah arm autogate boleh dikatakan berat juga, autogate arm yang bagus boleh tahan sehingga lebih 10 tahun. Sekiranya hanya sebelah sahaja arm autogate yang rosak, boleh diganti sebelah, tidak perlu ganti sistem autogate baru, tukar semuanya baru. Lebih-lebih lagi anda guna famous autogate brand, spare parts arm autogate mudah dapat dipasaran jadi boleh guna arm autogate yang sama. Tapi jika spare parts autogate arm anda tiada dipasaran, boleh sahaja ganti sebelah arm, tapi berlainan design dan model arm autogate tersebut. Ramai customer yang memilih Tronica® 929 Arm Autogate untuk digantikan dengan arm autogate lama mereka.

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!