Autogate Denai Alam – 1 Unit Dnor 212 Arm Autogate Jam
Autogate Denai Alam – 1 Unit Dnor 212 Arm Autogate Jam
Kebelakangan ni, kami banyak terima panggilan servis untuk baiki DNOR 212 autogate yang bermasalah. Antara masalah yang selalu berlaku ialah DNOR 212 autogate arm tak gerak, control board rosak, remote control tak berfungsi, sampai ke bracket arm tercabut dari tiangnya. Menariknya, kebanyakan customer ni bukan dari pemasangan kami, tapi mereka tetap datang kepada kami untuk minta bantuan sebab tak dapat cari installer asal ataupun installer lama tak nak layan bila ada masalah.
Situasi macam ni memang selalu berlaku. Bila autogate baru dipasang, semuanya nampak elok, tapi bila mula rosak, installer terus senyap, tak boleh dihubungi atau bagi macam-macam alasan. Customer pula pening sebab tak tahu nak rujuk pada siapa. Sebab tu ramai yang cari servis yang boleh dipercayai, dan akhirnya jumpa kami, Dr Autogate. Kami bantu sedaya upaya untuk pastikan autogate anda kembali berfungsi, tak kira siapa yang pasang, janji kami boleh baiki.
Penting untuk anda pilih servis autogate yang boleh diharap, bukan saja masa pasang, tapi juga after sales support bila ada masalah. Autogate ni bukannya murah, jadi memang patut dijaga elok-elok dan diberi perhatian bila ada kerosakan. Kalau anda ada masalah macam ni sama ada installer tak boleh dikesan, barang cepat rosak, atau sistem tak berfungsi jangan tunggu lama-lama, terus je hubungi kami. Kami sedia bantu untuk pastikan pelaburan anda berbaloi dan sistem autogate anda tahan lama.

Dnor Arm Autogate Denai Alam
Dnor 212 Arm Autogate Yang Rosak Ditukar Dengan Tronica 929 Arm
Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer di Denai Alam autogate arm sebelah tidak berfungsi, ada bunyi tapi autogate arm motor tidak bergerak dan customer telah cabut arm untuk buka pagar manual. Setelah kami melihat gambar autogate tersebut, kami tengok customer gunakan dnor 212 arm autogate system, kami juga tanya mana original autogate installer dan customer beritahu, mereka sudah tidak lagi buat autogate. Customer lagi dia ada hubungi autogate repairer Shah Alam area tetapi kebanyakannya suruh pasang autogate baru, alasannya sebab autogate gunakan sudah lama
Sekarang customer perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari servis autogate yang boleh dipercayai. Customer dapat nombor telefon Sam Autogate dari tempat dia bekerja, syarikat autogate kami yang kendalikan autogate ditempat ia bekerja. Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati memang dnor 212 arm autogate sebelah kiri tidak berfungsi, tiada apa respon atau bunyi yang keluar dari arm autogate tersebut.
Kami ada dnor 212 arm autogate spare parts yang sama model dan jenama. Tetapi customer lebih memilih, Tronica® 929 Arm Autogate kami untuk digantikan.
Servis Pasang, Tukar Dan Baiki Arm Autogate Di Klang Valley
Boleh ke arm autogate jenama lain digantikan dengan jenama arm autogate yang lain. Boleh, tiada masalah, cuma arm autogate akan jadi tidak sama dengan sebelah lagi jenama autogate asal yang masih berfungsi, dari segi rupa/ design sahaja, tapi fungsinya masih sama. Kami banyak lakukan arm autogate replacement tetapi customer tidak mahu menggunakan jenama autogate asal, mereka memilih Tronica® 929 Arm Autogate atau Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Kami menawarkan arm autogate repair atau replacement untuk pelbagai jenama dan model autogate. Ini bermakna kami dapat memberikan arm autogate yang baru jika arm autogate yang sedia ada memerlukan penggantian, sekiranya autogate arm sudah lama dan spare parts autogate pun tiada dipasaran.
Kami pakar dalam apa jua masalah autogate dan berikan penyelesai terbaik. Hanya cari autogate repair near me, kami berada seluruh Klang . Begitu juga dengan pemasangan autogate baru, kami syorkan Tronica® 929 Arm Autogate System atau Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!