Autogate Kajang – Motherboard Bermasalah Dan Autogate Tak Boleh Buka
Motherboard Bermasalah Dan Autogate Tak Boleh Buka
Kerosakkan pada autogate control panel atau motherboard autogate boleh dikatakan sering terjadi kepada menggunakan autogate. Antara sebab yang selalu berlaku ialah serangan serangga seperti cicak atau semut yang masuk dalam board, terkena kilat masa hujan lebat, masalah elektrik trip, voltan yang tidak stabil, ataupun wiring autogate yang tak elok. Ada juga kes motherboard cepat rosak sebab guna yang tiruan atau pun sudah terlalu lama digunakan. Bila salah satu faktor ni jadi, besar kemungkinan autogate anda akan berhenti berfungsi.
Sekiranya motherboard autogate rosak, pintu pagar memang tak boleh buka atau tutup secara automatik. Bayangkan masa nak keluar pergi kerja, tiba-tiba autogate tak boleh buka memang kacau rutin harian. Sebab tu, penting untuk cepat bertindak bila nampak tanda-tanda masalah pada autogate. Jangan biarkan berlarutan sampai susah nak uruskan, sebab kadang-kadang kerosakan kecil boleh jadi lebih besar bila ditangguh. Lagi lambat baiki, lagi banyak kos yang mungkin anda perlu keluarkan nanti.
Kami memang bawa siap-siap autogate spare parts seperti board, transformer, capacitor, remote set dan lain-lain. Jadi kalau kami kesan ada komponen yang rosak, boleh terus tukar on the spot tanpa buang masa tunggu barang sampai. Dengan cara ni, kebanyakan masalah autogate boleh diselesaikan dalam satu lawatan sahaja. Jadi kalau autogate anda dah mula buat hal, cepat-cepatlah hubungi kami, kami akan pastikan sistem autogate anda kembali berfungsi macam biasa.

Motherboard Autogate Repair Kajang
OAE Autogate Control Board Rosak Terbakar
Kamilah yang membantu customer ini di Kajang menyelesaikan masalah oae autogate tidak berfungsi. Dari apa yang customer beritahu sudah hampir 2 minggu masalah dengan autogate ini dan masih cuba mencari original auto gate installer. Akhirnya jiran syorkan untuk hubungi Dr Autogate, kami jawab panggilan dan terus set appointment untuk datang.
Apabila sampai dirumah customer, kami buka box autogate dan memeriksa autogate components yang ada didalamnya dan mendapati auto gate control panel terbakar. Dan autogate remote receiver pun tidak dalam keadaan yang baik tetapi receiver remote autogate masih berfungsi. Customer tidak tahu keadaan didalam kotak autogate tersebut sehinggalah kami buka dan tunjuk padanya.
Setelah kami periksa, swing autogate board itu rosak terbakar dan memang ada kesan terbakar teruk pada motherboard tersebut. Melihat keadaan autogate parts yang dalam board sudah lama, customer sendiri buat keputusan untuk tukar semua component autogate dalam box tersebut seperti panel, transformer, remote receiver serta bateri autogate. Untuk OAE arm autogate lama, customer nak maintain kan sebab masih lagi berfungsi, nanti jika arm autogate rosak, customer akan bertimbangkan untuk dapatkan sama ada Tronica® 929 Arm Autogate atau Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate.

Autogate Spare Parts Kajang
Servis Baiki Autogate Terbaik Selangor Dan KL
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. EE Automation telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.
Hubungi kami untuk menyelesaian masalah autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Dr Autogate bersama team autogate expert.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate