Autogate Lama Rosak Sebelah? Kami Ada Spare Parts Untuk Bantu Anda
Autogate Lama Rosak Sebelah? Kami Ada Spare Parts Untuk Bantu Anda
Kami di Dr Autogate memang banyak terima kes arm autogate rosak, dan kami sedia bantu baik pulih atau tukar baru ikut jenama dan model yang customer pakai. Tak kira jenama tempatan atau luar negara, kami dah biasa servis sebab tu technician kami dah mahir kesan punca kerosakan dengan cepat. Kalau arm autogate tu dah terlalu lama atau rosaknya agak teruk sampai susah nak repair, kami boleh tukarkan terus dengan unit baru. Kami memang sentiasa bawa spare parts dalam stok, jadi tak perlu tunggu lama untuk kami betulkan.
Kalau arm autogate anda guna jenama lama dan spare parts asal dah tak ada dekat pasaran, tak perlu risau. Kami boleh tukarkan dengan arm autogate baru yang lebih kurang sama dari segi fungsi dan design. Lagi best, anda tak perlu tukar satu set kalau yang rosak hanya sebelah, kami boleh ganti sebelah je. Ramai customer kami buat macam tu sebab lebih jimat dan tetap berfungsi elok. Yang penting technician kami akan pasang dengan teliti supaya kedua-dua belah arm autogate boleh bergerak sama rata, tak senget atau tersangkut.
Jadi kalau sekarang arm autogate rumah anda dah mula buat hal buka tak habis, bunyi pelik, atau langsung tak bergerak jangan tunggu rosak terus. Hubungi kami je. Kami boleh datang periksa dulu dan bagi nasihat apa langkah terbaik. Tak ada komitmen pun tanya dulu pun tak apa. Yang penting, jangan biar masalah tu berlarutan sampai menyusahkan harian anda.
Arm Autogate Lama Rosak – Ganti Dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm
Tapi apa yang terjadi kepada customer dari Taman Melawart ini dimana dnor 212 arm autogate stuck sebelah tak berfungsi. Pertama original installer dulu memang tak dapat dihubungi. Kedua cuba hubungi kontraktor autogate Taman Melawati tapi mereka tak datang periksa lagi dan terus cakap ini autogate lama, tak ada spare parts dan minta customer untuk pasang autogate baru, set autogate baru. Ketiga, barulah customer hubungi kami, yang disyorkan oleh rakannya, kami beritahu akan datang lakukan arm autogate troubleshooting dengan bersama autogate spare parts. Itu yang customer terus minta kami datang secepat mungkin.
Memang arm autogate customer sudah lama, dengan persetujuan, kami boleh sahaja gantikan autogate arm tetapi bukan guna model autogate yang sama, kami gunakan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate yang merupakan heavy duty arm autogate. Tiada masalah pun sepanjang menggantikan arm autogate tersebut dan autogate arm juga berfungsi dengan baik.
Servis Autogate Dipercayai – Cepat Dan Berkesan
Hubungi kami untuk dapatkan servis autogate terbaik yang pastinya anda akan berpuas hati. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan.
Kami menawarkan arm autogate repair atau replacement untuk pelbagai jenama dan model autogate. Ini bermakna kami dapat memberikan arm autogate yang baru jika arm autogate yang sedia ada memerlukan penggantian. Sekiranya autogate arm sudah lama dan spare parts autogate pun tiada dipasaran. Tronica® Arm Autogate sesuai untuk digantikan dengna arm autogate lama anda.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!