Autogate Puchong – Autogate Baru Rosak Dan Installer Tidak Dapat Dihubungi
Autogate Baru Rosak Dan Installer Tidak Dapat Dihubungi
Bila autogate rumah anda mula ada masalah, perkara pertama yang biasanya dibuat ialah cari installer asal yang pasang autogate tu. Lagi-lagi kalau autogate tu masih dalam warranty, mestilah kita harap mereka boleh datang selesaikan tanpa ada caj tambahan. Tapi bayangkan kalau installer tu tiba-tiba tak dapat dihubungi? Call tak angkat, WhatsApp tak balas, alamat kedai pun tak tahu kat mana. Memang pening kepala, kan? Situasi macam ni sebenarnya banyak terjadi, sebab ada installer yang hanya buat part-time atau tak ada syarikat yang betul-betul kukuh.
Sebab itu, masa nak pasang autogate, jangan hanya tengok pada harga murah semata-mata. Memang masa awal nampak jimat, tapi bila ada masalah di kemudian hari, kos sebenarnya jadi lebih tinggi. Contohnya, autogate anda masih dalam warranty tapi installer hilang entah ke mana, jadi nak tak nak kena cari kontraktor autogate lain. Bila panggil orang lain untuk repair, kenalah keluarkan duit tambahan. Bila campur kos pemasangan awal dengan kos baiki kemudian, sebenarnya lagi rugi daripada kalau pilih installer yang lebih reputable dari mula.
Sekiranya nak lebih selamat, pilihlah company autogate yang dah lama bertapak dalam industri dan ada reputasi baik. Mereka bukan saja ada pengalaman, tapi juga lebih terjamin dari segi after sales support dan spare parts. Salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan ialah Dr Autogate yang dah ada dalam industri sejak tahun 1996 lagi. Dengan pengalaman hampir 30 tahun, mereka memang pakar dalam pemasangan, servis, dan repair autogate pelbagai jenama.

Swing Autogate Repair Puchong
Pemasang Autogate Asal Tidak Dapat Dihubungi Selepas Pemasangan
Kami dihubungi semula customer daripada Puchong Utama ini kerana dia ada masalah autogate yang baru dipasangnya dalam 7 bulan. Sebenarnya customer pernah hubungi kami untuk dapatkan quotation auto gate installation dan kami telah berikan semua detail, tetapi customer telah memilih auto gate installer lain yang menawarkan harga autogate rendah sedikit di Facebook. Daripada apa yang customer beritahu kami, dia cuba hubungi original autogate installer tersebut tapi tak dapat, nama syarikat autogate mereka pun tidak tahu dan buntu ingin cari mereka dimana. Dan customer teringat kami dan minta kami untuk datang periksa autogate nya.
Selepas lakukan pemeriksaan, kami dapati autogate control board telah rosak dan lebih mengejutkan lagi, ini bukan autogate board yang baru, mereka telah gunakan auto gate board terpakai, sebab itu cepat rosak. Lagi satu autogate battery pun tiada tapi customer beritahu dalam pakej autogate ada. Patutlah masalah power trip, autogate tak boleh buka, customer terpaksa panjat pintu pagar untuk masuk.
Sekarang apa yang kami boleh lakukan, menggantikan autogate motherboard dan pasangkan 7ah autogate battery. Autogate parts berkualiti tinggi dan tahan lama berbanding jenama autogate lain.

Top Autogate Installer Puchong
Tolong Dapatkan Servis Autogate Yang Dipercayai
Dnor memang merupakan sistem autogate berkualiti. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membelinya daripada syarikat autogate yang dipercayai dengan pejabat fizikal atau bengkel. Ini memastikan bahawa jika terdapat sebarang masalah pada lengan autogate, anda boleh dengan mudah mencari mereka untuk mendapatkan bantuan.
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka memberikan after sales support yang boleh segera membantu.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate