Autogate Subang Jaya – Autogate Remote Kena Dekat Baru Boleh Guna?
Autogate Subang Jaya – Autogate Remote Kena Dekat Baru Boleh Guna?
Servis kami diperlukan di Subang Jaya sudah lama menghadapi masalah dengan autogate remote control di rumahnya. Menurut customer, setiap kali ingin buka atau tutup autogate, dia perlu berdiri dekat dengan kotak autogate barulah remote boleh berfungsi. Jika berada jauh sedikit dari pagar autogate, remote kunci autogate langsung tidak memberi respon. Walaupun sudah tukar bateri autogate remote yang baru, masalah tersebut masih sama dan tidak berubah. Situasi ini memang menyusahkan kerana walaupun rumah sudah ada sistem autogate, tetapi masih perlu turun dari kereta dan berjalan dekat ke kotak autogate untuk buka pagar.
Customer juga memberitahu bahawa dia sudah beberapa kali cuba hubungi installer autogate asal untuk datang memeriksa masalah tersebut. Namun setiap kali hubungi, mereka hanya memberitahu bahawa autogate tidak rosak dan meminta customer terus guna dahulu. Mereka juga beritahu technician tiada kerana semua sedang outstation. Jadi masalah ini berlarutan agak lama tanpa sebarang penyelesaian. Lama-kelamaan keadaan menjadi semakin teruk sehingga fungsi remote semakin tidak stabil.
Pada pagi kejadian, customer ingin keluar rumah tetapi autogate remote control langsung tidak berfungsi. Walaupun sudah berdiri dekat dengan kotak autogate, gate tetap tidak boleh dibuka. Akibatnya kereta customer tersangkut di dalam rumah dan tidak boleh keluar. Dalam keadaan yang agak urgent itu, jiran customer mencadangkan supaya hubungi Dr Autogate. Jirannya pernah menggunakan servis kami sebelum ini dan memberitahu bahawa servis kami cepat, technician boleh datang dengan segera dan biasanya sudah membawa spare parts yang diperlukan.

Repair Autogate Cannot OpenSubang Jaya
Puncanya Akibat Remote Receiver Autogate Rosak
Selepas menerima panggilan daripada customer, kami terus menetapkan appointment dan datang pada hari yang sama kerana customer memang memerlukan bantuan dengan segera. Apabila sampai di lokasi, technician kami terus membuat pemeriksaan pada sistem autogate tersebut untuk mencari punca sebenar masalah. Pemeriksaan dilakukan pada beberapa komponen seperti remote, wiring dan juga receiver autogate.
Hasil pemeriksaan mendapati masalah sebenarnya berpunca daripada autogate remote receiver yang sudah rosak dan tidak lagi dapat menerima signal daripada remote control. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kami menggantikan satu set autogate remote receiver yang baru bersama 3 unit autogate remote control. Selepas pemasangan selesai, kami melakukan beberapa kali testing untuk memastikan autogate boleh dibuka dan ditutup dengan lancar dari jarak jauh. Akhirnya autogate kembali berfungsi seperti biasa dan customer boleh menggunakan remote dengan mudah tanpa perlu turun dari kereta lagi.

Repair Autogate Remote Control Subang Jaya
Masalah Autogate Akan Menyusahkan – Baikinya Segera
Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubung kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.
Sama ada anda menghadapi masalah dengan autogate sedia ada atau memerlukan pemasangan autogate baru Tronica® Autogate System. Terdapat beberapa model Tronica® Autogate System yang kami supply and install antaranya, untuk folding swing autogate Tronica® 929 Arm Autogate System Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Untuk Sliding autogate kami ada Tronica® 1500 Sliding Autogate Motor dan Tronica® 2000 AC Sliding Autogate System.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





