Baiki G-Force Sliding Autogate – Motor Bergerak Dan Reverse Balik
Baiki G-Force Sliding Autogate – Motor Bergerak Dan Reverse Balik
Sekiranya anda tengah cari servis repair untuk sliding autogate motor yang cepat dan boleh dipercayai, kami di Dr Autogate memang sedia bantu. Tak kira motor lama atau baru, kami biasa uruskan pelbagai jenis masalah seperti autogate tak bergerak, bunyi kuat, tersangkut, remote tak respon atau board rosak. Untuk sistem Gforce SL1000 dan Gforce SL2000, kami ada stok spare parts lengkap seperti control board, transformer, limit switch, capacitor dan remote, jadi kebanyakan kes boleh siap baiki pada hari yang sama. Tak perlu tunggu lama atau risau barang tak ada, sebab kami memang fokus pada sliding autogate system.
Selain repair, kami juga buat pemasangan baru untuk pelbagai jenama termasuk Gforce Automation, Celmer dan MAG sliding autogate. Kami akan cadangkan sistem yang sesuai ikut jenis pagar dan kegunaan harian rumah anda supaya tahan lama dan tak mudah rosak. Kami tahu bila autogate rosak memang susah nak keluar masuk, jadi team kami akan cuba datang cepat dan selesaikan masalah sebaik mungkin. Kalau nak repair atau pasang sliding autogate baru, boleh terus hubungi kami untuk tanya harga atau set appointment.

Sliding Autogate Services Klang
G-Force Sliding Autogate Specialist Dan Spare Parts Tersedia
Baru-baru ini kami menerima panggilan daripada seorang customer di Klang yang menghadapi masalah dengan Gforce SL1000 AC sliding autogate. Setiap kali dia cuba menutup pagar, autogate hanya bergerak sikit dan kemudian reverse balik, tapi bila dibuka, tiada masalah. Customer cuba hubungi installer asal, tetapi mereka sudah tidak lagi menyediakan servis untuk Gforce dan menyarankan supaya pasang autogate jenama lain. Customer ingin cuba baiki sistem Gforce terlebih dahulu dan akhirnya mencari pakar sliding autogate, lalu berjumpa dengan kami.
Kami terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. Setelah diperiksa, punca masalah ialah limit switch autogate rosak, dan customer juga beritahu kadang-kadang autogate berhenti separuh jalan semasa motor masih berfungsi. Masalah ini berlaku kerana pinion gear autogate jenis nylon/plastik sudah haus, yang mana mudah rosak. Kami hanya gunakan metal pinion gear yang lebih tahan lama dan tidak mudah haus. Dengan stok spare parts autogate Gforce yang kami bawa, kami boleh terus gantikan limit switch dan metal pinion gear, dan semua kerja selesai dalam satu masa. Autogate kembali berfungsi lancar tanpa perlu menunggu lama atau gangguan berulang.
Selain itu, customer turut bertanyakan mengenai pemasangan swing autogate untuk rumah ibunya, kerana sistem MAG underground lama sudah rosak. Kami syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, motor autogate yang tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan harian. Customer terus set appointment untuk pemasangan Tronica® di rumah maknya. Kami di Dr Autogate sentiasa bersedia untuk repair atau pasang autogate baru, memastikan sistem autogate tahan lama, mudah diservis dan memberi ketenangan hati kepada pengguna.

Gforce Sliding Autogate Repair Klang
Kami Bersedia Baiki Autogate Anda Dan Pasang Tronica Autogate System
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Untuk pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan untuk menggunakan Tronica® autogate system. Bagi sliding autogate pula antaranya, Tronica® DC Sliding Autogate System dan Tronica®-1000 AC Sliding Autogate System. Untuk lebih info mengenail produk autogate kami sama ada Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System ataupun Tronica® Sliding Autogate dan autogate servives kami, boleh call sekarang.
Jika anda sedang mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Syarikat kami mempunyai juruteknik dan jurutera autogate dalaman yang pengalaman. Hubungi kami untuk menyelesaian masalah autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Dr Autogate bersama team autogate expert.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate





