DCMoto Autogate Services Puchong

Kos Baiki Autogate Lama Mahal – Lebih Pasang Autogate Baru

Kos Baiki Autogate Lama Mahal – Lebih Pasang Autogate Baru

 

Sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pemasangan autogate baru sekiranya sistem autogate anda yang sedia ada sudah lama dan sering mengalami kerosakan serius seperti motor autogate rosak serta komponen lain yang turut bermasalah. Tambahan pula, spare parts autogate untuk sistem lama sukar didapati atau terlalu mahal, membaikinya secara berterusan menjadi kurang berbaloi. Contohnya, hari ini motor autogate sebelah kiri rosak, dan beberapa hari kemudian mungkin komponen lain pula yang gagal. Apabila kos baiki autogate mula melebihi kos pemasangan sistem baru, keputusan untuk terus baiki sistem lama tidak lagi praktikal. Pemasangan autogate baru lebih berbaloi dan menjimatkan dalam jangka masa panjang kerana anda tidak perlu lagi memikirkan masalah yang sama berulang kali.

Untuk pemasangan baru, penting untuk memilih sistem autogate yang bersesuaian, berkualiti, tahan lasak, dan mempunyai alat ganti yang mudah diperoleh. Pilih jenama autogate terkenal yang terbukti tahan lama serta dipasang oleh syarikat yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Salah satu pilihan terbaik ialah Tronica® 727 Arm Autogate System yang dipasang oleh Dr Autogate. Bahagian hadapan Tronica diperbuat daripada keluli tahan karat, yang menjadi perumah kepada shaft skru dalaman. Gabungan bahan die-cast aluminum dan keluli tahan karat memberikan ketahanan terhadap cuaca dan karat, menjadikannya tahan lama untuk pelbagai persekitaran. Dengan hampir 30 tahun pengalaman, Dr Autogate merupakan salah satu syarikat autogate paling dipercayai di Malaysia.

 

Folding Autogate Installation Puchong

Folding Autogate Installation Puchong

 

 

DCMoto GFM-925W Gearbox Rosak – Pasang Tronica® Autogate Baru Diperlukan

 

Salah satu customer di Puchong yang baru sahaja menggantikan folding gate design. Sebelum ini dipagar lamanya customer menggunakan DCMoto GFM-925w. Dari apa yang customer beritahu autogate green machine dcmoto sebelum ini tidak berapa okay, pernah beberapa kali service repair dcmoto925w, sekarang gearbox autogate dcmoto mungkin dah rosak dan cover pun sudah pecah. Mulanya customer ingin pakai semula DCMoto925w pada pagar barulah, tetapi memandangkan ianya telah rosak, customer ingin dapatkan sistem autogate yang lain. Ramai kata autogate arm lebih heavy duty dan ada beberapa kenalan menggunakan Tronica® 727 arm autogate system. Itu yang customer hubungi kami untuk dapatkannya.

Mulanya kami datang dengan cabut semula DCMOTO925W yang lama dan pasang Tronica® 727 arm autogate yang baru termasuk 2 unit heavy duty Tronica® 727 arm, autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia. Setelah selesai, kami lakukan testing, apabila customer sudah berpuas hati, barulah ke customer seterusnya.

 

DCMoto Autogate Services Puchong

DCMoto Autogate Services Puchong

 

 

Sistem Autogate Terbaik Untuk Kediaman Anda

 

Jika anda merancang untuk memasang pintu pagar automatik dan berasa pening memilih autogate yang terbaik di Malaysia, kami dengan senang hati membantu anda. Tronica® Autogate adalah pilihan terbaik, terutamanya bagi mereka yang pertama kali melibatkan diri dalam pemasangan sistem autogate baru kali pertama atau menggantikan sistem autogate yang sedia ada.

Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk Tronica®, KRON Autogate, FBM Autogate, DCMoto GFM-925, Dnor Autogate, OAE Autogate, E8 Autogate, FAAC Autogate dan DCMoto Autogate untuk memastikan autogate baru anda disetkan dengan betul. Jangan tunggu bil pembaikan seterusnya. Hubungi Dr Autogate hari ini dan buat pelaburan bijak dalam keselamatan dan keselesaan hartanah anda.

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!