Roda Autogate Bermasalah – Roda Melompat Keluar Dari Trek
Roda Autogate Bermasalah – Roda Melompat Keluar Dari Trek
Hari ini kami ke Damansara untuk bantu customer yang hadapi masalah roda autogate melompat keluar dari trek. Bila kami sampai dan periksa, memang betul autogate wheel dah teruk dan tak stabil langsung. Customer beritahu ini bukan kali pertama masalah ini jadi. Sebelum ni dia dah pernah tukar roda, tapi masa tu bukan panggil pakar autogate cuma guna tukang besi biasa dan kontraktor pagar. Mungkin sebab itu, lepas beberapa bulan, autogate mula sangkut balik dan lama-lama rosak semula. Nasib baik kali ni ada kawan-kawan dia yang syorkan untuk hubungi Dr Autogate, sebab kami memang pakar dalam sistem autogate, bukan sekadar tukar roda saja.
Bila tukar roda autogate, tak cukup sekadar pasang dan skru je. Kena tahu juga cara nak adjust alignment dan pastikan roda tu betul-betul seimbang dengan trek serta motor autogate. Jadi walaupun roda nampak baru, kalau alignment tak betul, memang sekejap saja akan rosak balik. Kami bukan saja tukar roda, tapi kami juga semak kedudukan gate, alignment dan kekemasan wiring motor supaya sistem boleh berjalan lancar.
Untuk customer ni, kami gunakan roda autogate heavy duty stainless steel buatan Malaysia tahan lama dan sesuai untuk kegunaan harian. Material ni memang kami selalu guna sebab dah terbukti lebih kuat dan tahan lasak. Lepas siap pasang dan buat semua penyesuaian, autogate customer dah boleh buka tutup dengan lancar tanpa tersangkut. Customer pun lega sebab tak perlu risau gate jatuh trek lagi. Kalau anda pun hadapi masalah sama autogate susah gerak, tayar haus, atau selalu keluar dari landasan hubungi kami saja, kami boleh bantu.

Repair Auto Gate Roller Damansara
Lakukan Maintenance Pada Pagar Folding Auto Gate Anda
Akhir sekali melakukan testing dengan memastikan semua bergerak dengan lancar dan kami menunjukkan cara untuk meletakkan minyak wd40 pada semua bahagian autogate yang bergerak seperti roda, bearing gate dan juga gate hinges. Ianya boleh dilakukan, dalam seminggu atau dua minggu sekali. Kami berikan menerangkan ini pada setiap customer yang kami lakukan servis autogate untuk mereka, supaya roda autogate atau bahagian autogate lain akan tahan lebih lama.
Folding auto gate ini memang banyak masalah sebenarnya sebab banyak bahagian yang bergerak dan masalah berterusan akan berlaku. Jadi waranti tidak diberikan untuk kerja-kerja auto gate rollers replacement atau gate hinges replacement. Tapi kami akan lakukan yang terbaik, menggunakan roda autogate berkualiti tinggi dengan cara tukar roda autogate yang betul. Anda boleh try buka tutup autogate berulang kali sehingga puas hati, barulah technician kami balik.

Replace Autogate Wheel Damansara
Servis Baiki Dan Tukar Roda Autogate Selangor Dan KL
Setiap hari pun kami ada buat semua autogate roller services, repair autogate roller dan replace autogate roller di Selangor dan Kuala Lumpur. Ramai pelanggan yang sedar untuk dapatkan servis dari kami untuk masalah roda autogate mereka.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada 012-295 6299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate https://wa.me/60122956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate





