Tukar Arm Autogate Lama Dengan Tronica® – Lebih Tahan Lasak & Jimat Kos

Tukar Arm Autogate Lama Dengan Tronica® – Lebih Tahan Lasak & Jimat Kos

 

Ramai pemilik rumah yang guna sistem autogate lama akan hadapi situasi di mana satu bahagian arm autogate rosak, tapi yang lain masih elok. Bila jadi macam ni, tak semua kontraktor nak ambil jalan mudah, kebanyakannya terus cadangkan tukar satu set baru. Kononnya tak boleh ganti satu batang saja. Bila dengar macam tu, ramai customer rasa kecewa dan terbeban sebab kos untuk tukar full set autogate bukannya murah, padahal kerosakan tu cuma pada satu bahagian kecil je. Kadang-kadang customer jadi serba salah, sebab nak pasang baru kena keluar belanja besar, tapi nak baiki pula tak semua kontraktor nak layan.

Tapi dekat sinilah kelebihan kami di Dr Autogate. Kami memang berpengalaman dan pakar dalam bab autogate ni, terutama bila bab nak tukar satu unit arm sahaja. Kalau satu je rosak, kami boleh tukar satu tu je, tak perlu tukar semua. Kami ada simpan stok spare parts untuk macam-macam jenama popular seperti OAE, FBM, Dnor, KRON, E8 dan banyak lagi termasuk model-model lama. Jadi bila anda hubungi kami, kami boleh terus datang dengan spare parts siap sedia. Tak perlu tunggu lama, tak perlu bazir duit untuk tukar satu set baru kalau tak perlu pun. Yang penting, autogate anda boleh berfungsi macam biasa balik tanpa bebankan poket.

 

OAE 333A Arm Autogate 1 Unit Rosak

 

Contohnya baru-baru ini kami dapat panggilan daripada customer di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya. Beliau menggunakan sistem OAE 333A, salah satu arm autogate sudah rosak tapi bahagian lain masih elok. Installer asal beritahu mereka tidak ada spare parts dan hanya boleh buat pemasangan set baru. Customer rasa sayang nak tukar semua sebab remote, receiver dan board masih baru. Jadi dia terus hubungi kami.

Bila kami check, memang ada spare parts untuk OAE 333A. Tapi customer pilih untuk terus tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate sebab lebih tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan harian. Pemasangan berjalan lancar dan kami pastikan sistem baru boleh digunakan bersama komponen lama tanpa masalah. Customer puas hati sebab tidak perlu keluar kos besar, tapi pada masa sama dapat sistem autogate yang lebih heavy duty.

Dengan pendekatan ini, anda boleh jimat kos, elak pembaziran, dan dalam masa sama nikmati autogate yang lebih reliable. Jadi, kalau arm autogate rumah anda bermasalah tak kisah satu atau dua batang hubungi kami. Kami akan bantu ganti dengan cara yang paling praktikal, sama ada guna spare parts sedia ada atau naik taraf kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate yang memang terbukti kuat, tahan lama, dan mudah dijaga.

 

 

 

 

Kami Menyimpan Autogate Spare Parts Yang Banyak

 

Kami di Dr Autogate mempunyai dan menyimpan auto gate spare parts yang banyak untuk pelbagai model dan jenama autogate, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari spare parts. Hubungi sahaja kami dan hantarkan gambar parts/ components autogate yang anda cari. Sekiranya kami lakukan autogate services, kami akan membawa semua autogate spare parts bersama. Yang pastinya, kami dapat gantikan auto gate parts yang rosak on the spot, masalah autogate selesai dengan cepat. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System yang merupakan jenama autogate yang terkenal.

Dalam sehari banyak tempat kami boleh pergi sama ada nak pasang autogate baru di lembah klang atau buat autogate repair services in Kuala Lumpur & Selangor. Yang mana dengan adanya team yang profesional, peralatan yang cukup dan ada spare parts autogate untuk semua model autogate termasuk tronica, kron, fbm oae arm auto gate system, dnor swing/ folding autogate, dnor heavy duty autogate system, millie’s, E8 dan banyak lagi. Sebab itu pemasangan autogate dan servis baiki autogate kami cepat serta berkesan.

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!