Underground Autogate Tak Jalan & Sudah Lama Digunakan? Kami Ada Penyelesaiannya
Underground Autogate Tak Jalan & Sudah Lama Digunakan? Kami Ada Penyelesaiannya
Apabila customer hubungi kami sebab ada masalah dengan underground swing autogate system, perkara pertama yang kami akan buat ialah tanya beberapa soalan penting. Contohnya, adakah kedua-dua belah pintu tak boleh buka, atau cuma satu side je yang tak bergerak? Kadang-kadang pun ada kes pintu buka separuh je (open halfway). Kami juga akan tanya dah berapa lama guna sistem tu dan biasanya kami akan minta customer hantar gambar keadaan semasa underground autogate tu supaya kami boleh buat penilaian awal dari jauh.
Kalau lepas tengok gambar dan info dari customer tu kami dapati autogate tu dah lama sangat digunakan (contohnya lebih 10-15 tahun), dan keadaannya pun dah agak teruk, biasanya kami akan terus syorkan tukar autogate baru. Ini sebab dari pengalaman kami, kalau kita baiki autogate jenis underground yang dah lama dan rosak, selalunya lepas tu akan ada masalah lain pula timbul dimana autogate gearbox rosak, motor bermasalah, air masuk, sensor rosak dan macam-macam lagi. Akhirnya, customer terpaksa baiki banyak kali dan kos pun jadi makin tinggi.
Jadi, untuk elakkan pembaziran masa dan kos yang berulang, lebih baik terus tukar ke sistem autogate yang baru dan lebih tahan lama. Kami akan cadangkan untuk guna Tronica® Arm Autogate System sebagai pengganti kepada underground swing system tu. Sistem ni lebih mudah diselenggara, spare parts senang dapat, dan yang paling penting tahan lasak dan jimat dalam jangka masa panjang. Kalau anda perlukan bantuan atau nak kami tengok dulu keadaan autogate tu, boleh terus hubungi Dr Autogate.

Swing Autogate Services Puchong
Sekirang Pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System
Lagi sekali kami datang ke rumah customer ini di Puchong dimana customer pengguna Powergate Underground Swing Autogate System, sebelum ini kami pernah tukar underground auto gate mini dc motor sebelah kanan, tak lama pun, dalam bulan lepas. Dan kali ini customer hubungi kami semula dimana underground autogate dua-dua belah tak boleh buka. Kami datang lakukan pemeriksaan dan ada dua underground autogate parts yang rosak, iaitu underground autogate control panel dan underground autogate gearbox sebelah kiri. Kali pertama customer hubungi kami lagi, kami sudah syorkan pasang autogate baru dan sudah terangkan pada customer tetapi customer memilih untuk baiki underground autogate tersebut terlebih dahulu. Sekarang apa bila rosak lagi, barulah minta kami pasang autogate baru.
Pemasangan autogate baru menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Swing Arm Autogate System. Masa itu juga kami boleh lakukan kerana semua autogate spare parts termasuk Tronica®autogate set baru kami bawa bersama jadi boleh terus lakukan pemasangan.

Underground Autogate Solution Puchong
Ramai Yang Sudah Tidak Menggunakan Underground Autogate System
Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Underground swing auto gate system ni kan sistem lama, ramai yang tidak menggunakannya lagi dimana telah menggantikan kepada sistem autogate bary Tronica® Autogate, underground auto gate spare parts juga limited itu yang underground auto gate repair cost agak tinggi. Kami cakap berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Semua keputusan pada anda, jika ada rasa berbaloi untuk baiki boleh teruskan baiki atau tukar kepada sistem autogate baru Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica®-929 Arm Autogate System.
Dr Autogate juga menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





