Apa Yang Perlu Dibuat Dengan Underground Autogate Lama?
Apa Yang Perlu Dibuat Dengan Underground Autogate Lama?
Sistem underground swing autogate lama memang tak dapat lari daripada masalah, terutama bila sudah digunakan lebih dari 10 tahun. Begitu juga dengan salah seorang pelanggan kami di Ampang yang telah menggunakan sistem Doormex underground autogate selama lebih sedekad. Sebelum ini kami pernah bantu menggantikan set remote autogate beliau, namun baru-baru ini pelanggan tersebut menghubungi kami semula kerana motor autogate langsung tidak bergerak.
Apabila pasukan kami tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan penuh, kami dapati ada tiga masalah utama pada sistem tersebut. Pertama, gearbox underground autogate sudah rosak teruk. Kedua, motor autogate telah putus dan tidak dapat berfungsi. Ketiga, control panel juga menunjukkan kerosakan. Kami terangkan semua kerosakan ini dengan jelas kepada pelanggan dan tunjukkan sendiri bahagian yang bermasalah supaya pelanggan faham keadaan sebenar sistem lama tersebut.

Underground Autogate Control Panel Ampang
Underground Autogate Lama Rosak Teruk – Ganti Baru Dengan Tronica® Arm Autogate
Selepas pemeriksaan, kami jelaskan kepada pelanggan bahawa sistem lama ini sudah dianggap “total lost” dan tidak sesuai untuk dibaiki lagi. Komponen dalamannya sudah terlalu lama dan kebanyakannya telah haus serta dimasuki air. Dalam keadaan begini, membaiki sistem lama hanya akan menyebabkan kos tambahan tanpa jaminan tahan lama. Jadi, kami cadangkan pelanggan untuk menaik taraf kepada sistem baru, iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System atau Tronica®-929 Arm Autogate System. Kedua-dua model ini terkenal dengan kualiti tinggi, tahan lasak, dan mampu beroperasi dalam pelbagai cuaca di Malaysia.
Selepas mendengar penjelasan dan melihat sendiri kerosakan lama, pelanggan bersetuju untuk menukar kepada sistem Tronica® Arm Autogate yang lebih moden dan tahan lama. Katanya memang sudah lama merancang untuk menggantikan sistem autogate lama, dan kini tiba masanya untuk naik taraf. Kebetulan, pasukan kami sentiasa membawa stok Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System, jadi pemasangan boleh terus dilakukan pada hari yang sama tanpa perlu menunggu. Proses pemasangan berjalan lancar, dan pelanggan amat berpuas hati dengan hasil akhir.

Swing Autogate Installation Ampang
Sistem Autogate Dipercayai – Tronica® Autogate
Tronica®Autogate membanggakan reputasinya yang kukuh di Malaysia dengan ketangguhannya yang terbukti. Autogate model swing arm dari Tronica® direka khas untuk kelestarian jangka panjang, memastikan prestasi yang dapat dipercayai. Sistem autogate Tronica® dirancang untuk menangani pelbagai keadaan cuaca, dari hujan sehingga panas, sehingga anda dapat yakin bahawa autogate anda akan berfungsi dengan baik tanpa mengira cuaca. Dengan Tronica® Autogate, anda tidak perlu bimbang tentang kerja pembaikan yang kerap atau masalah kebocoran air yang boleh mempengaruhi prestasi pagar anda.
Dr Autogate juga menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!



























