Reliable Autogate Services Ampang

Baiki Autogate Ampang – Dnor Autogate Baru Tak Boleh Buka Lagi

Baiki Autogate Ampang – Dnor Autogate Baru Tak Boleh Buka Lagi

 

Hari ini kami terima panggilan daripada seorang customer di Ampang yang menghadapi masalah Dnor 712 autogate tak boleh buka langsung, tak kira guna autogate remote control atau suis dalam rumah. Dari cerita awal customer, kami dah agak mungkin ada masalah pada autogate control panel, tapi dia cakap panel tu baru je ditukar bulan lepas. Katanya, masa tu autogate installer KL beritahu control board rosak sebab disambar kilat, jadi dia bayar untuk tukar baru walaupun sistem tu masih dalam tempoh warranty. Tapi baru dua bulan pakai, dah rosak semula memang pelik kalau control board autogate baru boleh rosak secepat tu.

Customer cuba hubungi balik autogate installer lama tu, tapi malangnya dah tak dapat dihubungi. Disebabkan masalah autogate ni tak boleh dibiarkan lama, dia terus hubungi kami di Dr Autogate atas saranan kawannya. Bila kami sampai dan buat troubleshooting Dnor 712 autogate, kami dapati masalah sebenar bukan pada control panel biasa, tapi IC board dalam control panel tu dah rosak. Kami periksa betul-betul dan nampak jelas board tu bukan baru rupa fizikalnya dah lama, macam barang terpakai. Bila kami tanya customer, dia pun terkejut sebab memang baru bayar untuk board baru dua bulan lepas.

Daripada pengalaman kami, perkara macam ni memang kerap berlaku bila berurusan dengan kontraktor autogate “cowboy”. Ada yang kononnya tukar parts baru, tapi sebenarnya guna autogate motherboard terpakai yang diambil daripada rumah pelanggan lain. Mereka buat macam tu sebab nak jimat kos, tapi kesannya barang cepat rosak dan customer pula yang terpaksa tanggung kerugian. Sebab tu penting untuk pilih autogate service company yang dipercayai dan pastikan mereka tunjukkan parts baru sebelum pasang.

 

 

Dnor Autogate Services Ampang

Dnor Autogate Services Ampang

 

 

Dnor 712 Autogate di Ampang Rosak Semula – Rupanya Guna Control Board Terpakai!

 

Sebagai penyelesaian, kami terus gantikan autogate board dan panel yang rosak tu dengan PCB board baru berkualiti tinggi. Semua parts yang kami gunakan datang terus daripada pembekal sah dan ada jaminan. Lepas kami siap pasang dan test, autogate Dnor 712 customer tu kembali berfungsi dengan baik boleh buka dan tutup guna remote serta suis seperti biasa. Customer pun lega sebab akhirnya masalah selesai sepenuhnya tanpa perlu risau lagi tentang board cepat rosak.

Kes macam ni jadi pengajaran penting kepada semua pemilik autogate jangan mudah percaya bila orang kata parts “baru” tanpa bukti. Pastikan servis dilakukan oleh pakar autogate sebenar yang ada reputasi dan pengalaman. Kalau installer guna barang lama atau tiruan, ia bukan saja tak tahan lama tapi juga boleh merosakkan komponen lain dalam sistem. Dengan Dr Autogate, kami sentiasa guna parts original, kerja kemas dan telus supaya setiap customer rasa yakin dan puas hati dengan hasilnya.

 

 

Reliable Autogate Services Ampang

Reliable Autogate Services Ampang

 

Tolong Dapatkan Servis Autogate Yang Dipercayai

 

Dnor memang merupakan sistem autogate berkualiti. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membelinya daripada syarikat autogate yang dipercayai dengan pejabat fizikal atau bengkel. Ini memastikan bahawa jika terdapat sebarang masalah pada lengan autogate, anda boleh dengan mudah mencari mereka untuk mendapatkan bantuan.

Penting untuk dapatkan servis pasang Tronica autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka memberikan after sales support yang boleh segera membantu.

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate