Best Autogate Kajang

Banyak Bahagian Autogate Lama Rosak Telah Rosak

Banyak Bahagian Autogate Lama Rosak Telah Rosak

 

Hai semua. Tengoklah keadaan DCMoto GFM-925w customer di Kajang ini. Dari apa yang customer beritahu kami, ada banyak kerosakan pada DCMoto925w nya, dimana dcmoto autogate control board rosak terbakar, begitu juga dengan transformer telah rosak dan dcmoto autogate motor sebelah kanan tidak berfungsi lagi. Customer beritahu lagi, original installer DCMoto GFM-925w pun tak ada spare parts untuk dibaiki. Sekarang customer ingin dapatkan nasihat daripada autogate repairer specialist lain iaitu Dr Autogate.

Melihat keadaan tersebut kami syorkan lebih baik tukar kepada sistem autogate baru yang sesuai dengan folding gate customer yang agak besar. Salah satunya brand Tronica® autogate, heavy duty series Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. DCMoto GFM-925w selalunya digunakan untuk folding gate yang tidak terlalu besar kerana dcmoto autogate ini bukan untuk support pintu pagar yang berat dan bukan tahan lasak.

Setelah mendengar penerangan kami dan memikirkan kerosakan yang banyak pada dcmoto925w autogate serta kos baiki dcmoto autogate tersebut. Customer buat keputusan untuk pemasangan autogate baru dengan reliable autogate system iaitu Tronica®-828 Arm Autogate System. Customer juga tanya jika kami boleh pasang autogate segera kerana susah tidak ada customer. Mestilah boleh, kami memang ada stock Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System tersedia.

 

 

Pasang Autogate Baru Kajang

Pasang Autogate Baru Kajang

 

 

Bilakah Anda Perlu Gantikan Autogate Lama?

 

Dah sampai masanya ke nak tukar autogate baru? Ramai yang tanya bila waktu terbaik nak pasang sistem autogate baru, dan jawapannya mudah bila sistem autogate lama anda selalu rosak, spare parts dah susah nak dapat atau bila kos baik pulih lebih mahal dari pasang yang baru. Contohnya, hari ni rosak motor sebelah kiri, esok rosak pula remote receiver, lusa mungkin board pula terbakar. Bila jadi macam ni, asyik ulang baiki je memang memenatkan dan membazir. Lagi-lagi kalau spare parts dah tak ada dalam pasaran atau dah terlalu mahal. Jadi, dari terus habiskan duit baiki yang tak tentu-tentu, lebih berbaloi kalau pasang autogate baru dan terus jalan.

Antara sistem yang kami memang syorkan ialah Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System yang kami di Dr Autogate dah pasang sejak bertahun-tahun lepas. Kami sendiri dah hampir 30 tahun dalam industri autogate dan Tronica memang antara jenama paling dipercayai oleh pelanggan kami. Jadi kalau anda tengah fikir nak tukar autogate baru, jangan tunggu sampai rosak teruk, hubungi kami dan kami akan cadangkan sistem yang sesuai ikut bajet dan keperluan anda.

 

Best Autogate Kajang

Best Autogate Kajang

 

 

Dapatkan Pemasangan Dan Servis Autogate Dari Dr Autogate

 

Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk Tronica®, KRON Autogate, FBM Autogate, DCMoto GFM-925, Dnor Autogate, OAE Autogate, E8 Autogate, FAAC Autogate dan DCMoto Autogate untuk memastikan autogate baru anda disetkan dengan betul. Jangan tunggu bil pembaikan seterusnya. Hubungi Dr Autogate hari ini dan buat pelaburan bijak dalam keselamatan dan keselesaan hartanah anda.

Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Dr Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami cover pemasangan dan baiki autogate di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer tidak dapat dihubungi, kami juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan.

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate