Jangan Panik Bila Autogate Rosak – Dapatkan Bantuan Daripada Pakar
Jangan Panik Bila Autogate Rosak – Dapatkan Bantuan Daripada Pakar
Kalau autogate di rumah anda tiba-tiba tak boleh buka, atau langsung tak berfungsi, memang akan rasa susah hati — terutama bila nak keluar rumah atau waktu hujan. Tapi kami nasihatkan, jangan panik, dan jangan terburu-buru cari sesiapa saja untuk baiki. Cuba luangkan sedikit masa untuk cari autogate repairer yang betul-betul berpengalaman dan boleh dipercayai. Ini penting supaya masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan cara yang betul, guna alat ganti original, dan paling penting, kerja yang kemas dan tahan lama. Kalau tersalah pilih, kadang-kadang masalah tak selesai, malah makin teruk pula jadinya.
Kami di Dr Automation memang dah lama bantu ramai pemilik rumah yang guna sistem autogate OAE. Sistem ni biasa dipasang sejak bertahun-tahun lepas, dan memang ada yang mula alami masalah seperti motor OAE rosak, motherboard terbakar, remote tak berfungsi, atau transformer bermasalah. Tapi jangan risau, kami memang masih ada spare parts original untuk pelbagai model OAE — termasuk OAE 333a Swing Arm System yang ramai guna. Bila kami datang untuk servis, kami akan bawa sekali semua komponen ganti yang diperlukan, jadi kalau ada bahagian yang rosak, kami boleh terus ganti on the spot.
Pelanggan kami pun selalu lega bila tahu kami hanya guna barang baru & original, bukan secondhand. Ini penting untuk jamin ketahanan sistem, dan supaya tak perlu panggil tukang datang banyak kali untuk baiki benda yang sama. Sama ada anda perlukan arm autogate OAE, control board, remote baru, atau transformer, semua kami sediakan. Jadi kalau sistem autogate OAE anda mula buat hal, atau nak servis berkala, boleh terus hubungi kami — kami sedia bantu dari pemeriksaan awal sampailah autogate anda kembali berfungsi seperti biasa.

Puchong Autogate Services
Kami Berjaya Menyelesaikan Masalah OAE 333A Autogate
Kami dihubungi customer daripada Bandar Puchong Jaya selesaikan masalah autogate nya. Daripada apa yang customer beritahu, ada satu kontraktor baiki autogate Puchong datang, hari pertama dia datang tukar auto gate remote receiver tapi autogate masih lagi tidak berfungsi. Hari kedua datang tukar auto gate control panel pula kemudian autogate berfungsi untuk beberapa hari sahaja dan rosak semula. Kontraktor tersebut datang periksa dan dia kata autogate control panel rosak lagi dan dia tidak tahu apa punca. Katanya esok akan datang lagi dengan kawan yang pakar, tapi tak datang, customer cuba hubungi pun tak angkat. Itu yang customer cari auto gate repair specialist dan kawannya syorkan kami.
Kami terus datang untuk lakukan pemeriksaan dan masalah berpunca daripada autogate transformer bermasalah, voltage nya tidak stabil yang menyebabkan auto gate control panel rosak. Sekarang kami gantikan dengan oae autogate control panel dan oae autogate transformer baru dan berkualiti tinggi. Kurang daripada satu jam selesai semua masalah dan customer sempat cakap kenapalah tidak hubungi kami sebelum ini, membazir masa dengan duit panggil kontraktor lain yang tidak berpengalaman.

OAE Autogate Repair Puchong
Baiki Autogate Dengan Dr Autogate
Macam mana cara autogate repair kami, pertama beritahu masalah autogate yang anda hadapi. Kedua hantar gambar autogate untuk kami kenalpasti model/ brand auto gate yang anda gunakan dan buat persediakan spare parts autogate. Ketiga jurutera dan juruteknik kami akan buat pemeriksaan bagi mencari auto gate parts mana yang bermasalah. Keempat terangkan apa yang rosak, berapa kos baiki autogate dan dapatkan persetujuan customer. Kelima ambil spare parts autogate dalam keadaan service kami dan terus gantikan. Keenam buat testing untuk pastikan autogate berfungsi semula.
Kami juga menggunakan alat ganti autogate yang tulen yang diperolehi terus dari pengeluar autogate atau pembekal yang diiktiraf. Ini memastikan kualiti dan kebolehpercayaan alat ganti yang kami gunakan untuk pembaikan. Dengan memilih servis baiki autogate kami, anda boleh berasa tenang kerana sistem autogate anda akan dibaiki menggunakan alat ganti autogate asli.
Jika anda nak pasang set autogate baru, kami syorkan Tronica Autogate System.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!
























