Repair Autogate Arm Ampang

Arm Autogate Rosak Sebelah? Boleh Tukar Satu Sahaja!

Arm Autogate Rosak Sebelah? Boleh Tukar Satu Sahaja!

 

Sekiranya arm autogate rumah anda rosak sebelah, jangan risau tak semestinya kena tukar satu set baru. Di Dr Autogate, kami memang biasa buat penggantian arm autogate sebelah sahaja. Hampir setiap hari kami lakukan arm replacement sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ada kes arm masih baru tapi rosak sebab kena langgar atau masalah dalaman, dan ada juga kes arm yang dah lama guna memang sampai masa untuk tukar. Apa pun situasi, kami boleh periksa dulu dan cadangkan solusi paling jimat untuk anda.

Ramai customer hubungi kami sebab installer asal dah tak buat servis, nombor tak aktif atau tak boleh bantu untuk tukar sebelah sahaja. Sebenarnya, kebanyakan kes memang tak perlu tukar keseluruhan sistem. Kalau motor sebelah lagi masih elok dan control board tak ada masalah, kami hanya gantikan arm yang rosak sahaja. Cara ni lebih jimat kos dan tak ganggu sistem yang masih berfungsi dengan baik.

Kami juga ada simpan pelbagai jenis arm autogate spare parts, termasuk untuk sistem yang bukan kami pasang dulu. Tak kisah jenama apa atau siapa yang pasang sebelum ni, kami tetap boleh bantu baiki. Yang penting, autogate anda boleh berfungsi semula dengan lancar dan selamat. Kalau ada masalah arm autogate tak buka atau tak tutup, boleh terus hubungi kami untuk pemeriksaan lanjut.

 

Folding Arm Autogate Repair Ampang

Folding Arm Autogate Repair Ampang

 

 

Sebelah Kanan Arm Autogate Digantikan Dengan Tronica®-828 Arm Autogate

 

Kali ini lakukan arm autogate service di Ampang dimana right side arm autogate buka separuh jalan sahaja, ia berpunca akibat dilanggar. Customer beritahu, dia memang dah lama lost contact dengan original auto gate installer dan sebelum call kami ada juga call auto gate repairer Ampang yang boleh gantikan arm autogate rosak tersebut, tapi semuanya tak boleh tukar sebelah arm sahaja, mereka suruh customer tukar pasang full set autogate baru. Sekarangkan ekonomi tak berapa okay, customer nak kurangkan kos lagipun auto gate components yang lain masih berfungsi dengan baik. Hampir seminggu tak pakai autogate, nasib baik ada kawannya bagi contact autogate service kami. Memang tak ada masalah untuk kami gantikan one side arm autogate sahaja, kami ada semua autogate spare parts.

Oleh kerana autogate arm yang customer gunakan sudah agak lama dan tiada spare parts. Kami gantikan dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan customer berpuas hati dengannya.

 

Repair Autogate Arm Ampang

Repair Autogate Arm Ampang

 

 

Kami Menyimpan Autogate Spare Parts Yang Banyak

 

Kami di Dr Autogate mempunyai dan menyimpan auto gate spare parts yang banyak untuk pelbagai model dan jenama autogate, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari spare parts. Hubungi sahaja kami dan hantarkan gambar parts/ components autogate yang anda cari. Sekiranya kami lakukan autogate services, kami akan membawa semua autogate spare parts bersama. Yang pastinya, kami dapat gantikan auto gate parts yang rosak on the spot, masalah autogate selesai dengan cepat. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System yang merupakan jenama autogate yang terkenal.

Dalam sehari banyak tempat kami boleh pergi sama ada nak pasang autogate baru di lembah klang atau buat autogate repair services in Kuala Lumpur & Selangor. Yang mana dengan adanya team yang profesional, peralatan yang cukup dan ada spare parts autogate untuk semua model autogate termasuk tronica, kron, fbm oae arm auto gate system, dnor swing/ folding autogate, dnor heavy duty autogate system, millie’s, E8 dan banyak lagi. Sebab itu pemasangan autogate dan servis baiki autogate kami cepat serta berkesan.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!