Autogate Kelana Jaya – Kami Tukar Bearing Pagar Dan Tronica® 828 Arm
Kami Tukar Bearing Pagar Dan Tronica® 828 Arm
Kami dihubungi customer daripad Kelana Jaya yang memerlukan service gate bearing replacement. Dari apa yang customer beritahu, gate bearing bermasalah yang menyebabkan pagar swing gate sedikit jatuh dan akan tersangkut bergeser dengan lantai apabila autogate ditutup. Sebelum masalah lebih teruk, customer ingin mendapatkan penyelesaikan untuk swing autogate nya. Customer ada hubungi beberapa usj autogate contractor tetapi mereka tak buat servis menggantikan gate bearing. Sebenarnya customer perlukan mereka yang boleh selesaikan masalah gate bearing dan replace one unit swing arm autogate kiri yang bermasalah.
Akhirnya customer dapat menghubungi Sam Autogate dan kami memang boleh baiki masalah bearing swing gate dan masalah bahagian arm autogate nya. Pertama kami mulakan dengan tukar 2 unit gate bearing. Kedua kami lakukan pemeriksaan terhadap autogate arm stainless steel lama memang sudah rosak, dc motor arm autogate lemah. Untuk swing arm autogate replacement, kami gunakan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate. Sekarang swing autoate customer bergerak dengan lancar semula.

Bearing Autogate Repair Kelana Jaya
Pakar Bearing Pagar Dan Mempunyai Tronica® Autogate Terbaik
Menukar bearing autogate bukan kerja mudah dan memang perlukan kemahiran yang betul-betul tepat. Ramai orang ingat ia sekadar buka dan pasang balik, tapi sebenarnya proses ni perlukan pengalaman, teknik welding yang kemas, dan adjustment yang tepat supaya pintu tak senget atau tersangkut. Kalau orang yang tak ada pengetahuan cuba buat sendiri, risiko untuk rosakkan struktur pintu atau motor autogate memang tinggi. Bila bearing dah mula berbunyi kasar, pintu jadi berat, atau gate tak seimbang, itu tanda awal yang tak boleh abaikan. Lagi lama dibiarkan, makin teruk keadaan pintu silap hari bulan, pintu boleh jatuh atau tarik motor sampai rosak terus.
Sebab tu kami selalu nasihatkan customer, kalau rasa gate makin berat atau ada bunyi pelik bila buka tutup, cepat-cepatlah buat pemeriksaan. Jangan tunggu sampai pintu dah hampir jatuh, baru nak cari teknisyen. Bila pintu dah rosak teruk, kos pembaikan pun jadi lebih tinggi sebab kena buat alignment baru, tukar bearing, welding, dan kadang-kadang motor pun perlu diganti. Dengan act cepat, anda boleh elakkan kerosakan besar dan pastikan autogate terus berfungsi dengan selamat. Lagi satu, gate yang senget atau berat juga bahaya untuk kanak-kanak dan warga emas di rumah.
Kalau anda sedang fikir untuk upgrade, sistem Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate memang antara pilihan terbaik. Model ni menggunakan teknologi Jerman yang terkenal dengan ketahanan dan prestasi stabil. Kekuatan motor dia memang sesuai untuk kegunaan harian yang lasak, terutama untuk pintu berat atau pintu yang selalu buka tutup sepanjang hari. Selain itu, kami juga ada Tronica® 929 Arm Autogate System, satu lagi pilihan yang sangat reliable dan tahan lama. Dua-dua sistem ni direka untuk minimize masalah jangka panjang dan spare parts pun sentiasa ada. Kalau anda nak autogate yang lebih smooth, kuat dan tahan lama, Tronica® memang pilihan yang tak mengecewakan.

Swing Auto Gate Services Kelana Jaya
Perbezaan Pesaing Dengan Dr Autogate
Perbezaan utama antara kami dan pesaing-pesaing kami adalah kemampuan kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lengkap berkaitan autogate. Kami adalah pakar dalam bidang ini, dan ini bermaksud bahawa kami mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai aspek autogate motor dan bahagian pintu pagar seperti motor, roda, trek, dan bearing. Di Dr Autogate, kami mempunyai pasukan yang terlatih dengan baik dalam semua aspek autogate, dan kami membawa bersama kami pelbagai jenis spare parts autogate untuk memastikan kami boleh menyelesaikan masalah anda dalam satu masa. Inilah yang membezakan kami daripada pesaing kami dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami.
Sama ada anda menghadapi masalah dengan autogate sedia ada atau memerlukan pemasangan autogate baru Tronica® Autogate, kami sedia membantu. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.
Itu yang kami katakan penyelesaian autogate dalam satu hentian dibawah satu bumbung, kami datang boleh selesaikan semula masalah autogate dalam satu masa. Kami mempunyai team yang berkemahiran dan membawa semua autogate spare parts disana termasuklah set Tronica® autogate baru.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate





