Auto Gate Bearing Repair Puchong

Bearing Autogate Rosak? Punca Gate Senget, Berbunyi & Tak Tutup Rapat

Bearing Autogate Rosak? Punca Gate Senget, Berbunyi & Tak Tutup Rapat

 

Ada masalah swing atau folding autogate tak tutup rapat, berbunyi kuat atau nampak senget sebelah? Besar kemungkinan bearing gate dah haus, longgar atau tercabut terus. Ramai orang tak perasan benda ni sebab ingatkan motor autogate rosak, padahal punca sebenar datang dari bearing pagar yang dah tak boleh tampung berat pagar. Bila bearing rosak, pagar jadi tak seimbang, susah nak buka tutup dan lama-lama boleh bagi tekanan pada arm autogate pula.

Kerja tukar bearing autogate bukan kerja mudah. Ia perlukan tenaga kerja yang cukup, pengalaman dan peralatan yang sesuai. Nak buka pagar, sejajarkan semula dan pasang bearing baru kena buat dengan betul supaya pagar kembali level dan bergerak lancar. Tak semua installer atau repairer sanggup buat kerja ni sebab perlukan skill dan manpower. Kalau buat tak betul, pagar boleh jadi lebih senget atau tak tahan lama.

Kalau anda nampak tanda-tanda macam gate tak tutup penuh, bunyi besi bergesel, pagar tak sama tinggi atau bearing dah tercabut, jangan tunggu lama. Lagi cepat baiki, lagi selamat. Kalau dibiarkan, risiko pagar jatuh memang ada dan boleh membahayakan orang sekeliling serta kenderaan. Hubungi kami untuk servis tukar dan pasang bearing autogate dengan kemas dan selamat. Kami pastikan pagar kembali kukuh, seimbang dan berfungsi seperti biasa.

 

Replace Bearing Auto Gate Puchong

Replace Bearing Auto Gate Puchong

 

 

Servis Tukar Bearing Pagar Autogate

 

Servis auto gate bearing kami diperlukan di Puchong. Swing auto gate ini mnerupakan original dari developer. Dari apa yang customer beritahu, swing auto gate tak boleh tutup rapat dan gate ball bearing nak kena replace rasanya. Itu yang customer mencari autogate contractor Puchong yang boleh fix gate bearing tersebut, dalam beberapa kontraktor autogate yang customer hubungi, hanya kami yang sediakan bearing autogate replaccement. Yang lain tak buat tukar auto gate bearing, mereka tiada pengalaman dan peralatan. Seperti biasa kami akan minta customer hantarkan gambar gate penuh untuk kami tengok keadaan dan berikan harga untuk supply and replace 2 units gate bearing.

Kami menggantikan auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama. Sekarang swing autogate kembali berfungsi dengan baik.

 

 

Auto Gate Bearing Repair Puchong

Auto Gate Bearing Repair Puchong

 

 

Perbezaan Pesaing Dengan Dr Autogate

 

Perbezaan utama antara kami dan pesaing-pesaing kami adalah kemampuan kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lengkap berkaitan autogate. Kami adalah pakar dalam bidang ini, dan ini bermaksud bahawa kami mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai aspek autogate motor dan bahagian pintu pagar seperti motor, roda, trek, dan bearing. Di Dr Autogate, kami mempunyai pasukan yang terlatih dengan baik dalam semua aspek autogate, dan kami membawa bersama kami pelbagai jenis spare parts autogate untuk memastikan kami boleh menyelesaikan masalah anda dalam satu masa. Inilah yang membezakan kami daripada pesaing kami dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami.

Sama ada anda menghadapi masalah dengan autogate sedia ada atau memerlukan pemasangan autogate baru Tronica® Autogate, kami sedia membantu. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.

Itu yang kami katakan penyelesaian autogate dalam satu hentian dibawah satu bumbung, kami datang boleh selesaikan semula masalah autogate dalam satu masa. Kami mempunyai team yang berkemahiran dan membawa semua autogate spare parts disana termasuklah set Tronica® autogate baru.

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate