G-Force Sliding Autogate Berat & Tak Bergerak di Damansara
G-Force Sliding Autogate Berat & Tak Bergerak di Damansara
Autogate anda hanya buka separuh? Apa punca masalah autogate berikut? Hubungi kami untuk kepastikan, lakukan pemeriksaan dan penyelesaian. Kami akan pastikan autogate anda kembali berfungsi seperti biasa.
Kami di Dr Autogate menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk semua masalah berkaitan autogate, tidak kira sama ada masalah itu berpunca daripada motor autogate, sistem elektronik, atau bahagian mekanikal pagar seperti roda, bearing, dan trek. Maksudnya, apabila anda hubungi kami, anda tidak perlu risau memanggil kontraktor lain untuk kerja-kerja tambahan kerana kami boleh selesaikan semuanya dalam satu masa. Kami bukan sahaja mahir dalam pemasangan dan pembaikan motor autogate, tetapi juga berpengalaman dalam menggantikan sliding autogate roller, bearing gate, dan juga melakukan kerja-kerja track replacement untuk memastikan keseluruhan sistem autogate anda berfungsi dengan lancar dan selamat. Dengan kepakaran menyeluruh dalam semua aspek ini, kami mampu memberikan servis yang lebih efisien dan menjimatkan masa serta kos customer.

Sliding Autogate Repair Services Damansara
Kena Tukar Roller Gate & Baiki Gforce SL1000 Autogate Capacitor
Kami dihubungi oleh seorang customer dari Damansara yang masih menggunakan Gforce SL1000 AC Sliding Autogate System yang kami pasang kira-kira 7 tahun lepas. Walaupun motor sliding autogate tersebut sebenarnya masih ok, masalah utama datang daripada roda pagar sliding. Pagar jadi semakin berat, mula berhenti separuh jalan dan akhirnya autogate langsung tak bergerak walaupun ada bunyi. Disebabkan itu, customer minta kami datang segera untuk tukar roller sliding autogate dan pada masa yang sama periksa keadaan motor G-Force tersebut.
Seperti biasa, kami datang lengkap dengan beberapa saiz roller sliding autogate yang sesuai dengan pintu pagar customer. Untuk sliding gate ini, terdapat 2 unit roda pagar sliding dan kami gantikan kesemuanya sekali supaya pergerakan pagar jadi seimbang dan lancar semula. Selepas pemeriksaan lanjut, kami dapati masalah tambahan pada autogate ini ialah capacitor motor G-Force yang telah rosak. Capacitor boleh rosak bila pagar terlalu berat kerana motor bekerja lebih kuat dan lama, lalu memberi tekanan berlebihan pada komponen tersebut.
Selepas siap tukar roller dan capacitor, sliding autogate customer kini berfungsi semula dengan sangat lancar, malah lebih baik berbanding sebelum ini. Buat masa sekarang, G-Force sliding autogate lama ini masih boleh digunakan tanpa masalah. Namun, kami juga maklumkan kepada customer, sekiranya motor rosak di masa akan datang, pilihan yang lebih baik ialah untuk upgrade ke Tronica®-1500 Sliding Autogate System, yang lebih kuat, tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sliding Auto Gate Roller Repair Damansara
Auto Gate Specialist Selangor And KL
Masih tercari-cari reputable autogate company in auto gate motor and auto gate roller repair specialist yang boleh menyelesaikan masalah gate dan autogate anda? Kebanyakkan autogate company klang valley mereka hanya tahu mengenai autogate sahaja, masalah gate mereka tidak tahu seperti replace swing gate bearing, change auto gate gate bottom wheels, baiki roda autogate, tukar tayar autogate, adjust gate hinges serta replace gate track mereka tidak tahu semua, mereka tiada pengalaman dan peralatan lagi buat untuk industrial gate.
Sepanjang berada dalam industri autogate ini telah banyak kami selesaikan masalah autogate system dari Malaysia, Italy dan Germany dari pelbagai jenis autogate dan jenama autogate. Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!





