Sliding Auto Gate Services

Tukar Ke Tronica® Sliding Gate Opener Untuk Penggunaan Jangka Panjang

Tukar Ke Tronica® Sliding Gate Opener Untuk Penggunaan Jangka Panjang

 

Berapa lama sebenarnya anda sudah guna sliding autogate di rumah? Kalau dah bertahun-tahun digunakan dan kerap rosak, itu mungkin tanda sistem autogate tersebut sudah tak sesuai lagi. Ramai pelanggan datang kepada kami selepas terlalu kerap baiki sliding autogate, tapi masalah yang sama tetap berulang. Antara masalah biasa ialah sliding autogate motor cepat panas, bunyi semakin kuat, atau pagar langsung tak bergerak. Bila kami periksa, kebanyakannya berpunca daripada motor yang sudah lemah atau sistem lama yang tak mampu menampung berat dan saiz pagar.

Sebab itu kami sering cadangkan pelanggan untuk pertimbangkan sistem Tronica® Sliding Gate Opener. Sistem ini direka khas untuk pelbagai jenis sliding gate, termasuk pagar yang berat dan panjang. Motor Tronica® memang kuat, tahan lasak dan lebih stabil untuk penggunaan jangka panjang. Jika dipasang dengan cara yang betul, ia boleh digunakan bertahun-tahun tanpa banyak masalah. Tambahan pula, jenama Tronica® mudah didapati dari segi spare parts, jadi kalau berlaku kerosakan kecil, pembaikan boleh dibuat dengan cepat tanpa perlu tunggu lama.

Perkara paling penting bila nak pasang autogate baru ialah jangan hanya fokus pada harga yang murah. Ada sesetengah pemasangan guna motor tidak original atau barang terpakai yang nampak murah pada awalnya, tapi cepat rosak dan susah cari alat ganti. Akhirnya, kos jadi lebih tinggi sebab perlu tukar sistem baru lagi. Di Sam Autogate, kami akan bantu cadangkan sistem sliding autogate yang sesuai dengan design dan berat pagar rumah anda. Matlamat kami mudah nak pastikan autogate anda tahan lama, selamat digunakan dan tak buat anda pening kepala di kemudian hari.

 

Autogate Installation Sri Petaling

Autogate Installation Sri Petaling

 

 

Tiada Spare Parts? Masa Sesuai Tukar Sliding Autogate Baru

 

Ada customer dari Sri Petaling datang kepada kami kerana sliding autogate di rumah mereka tidak boleh tutup. Motor autogate yang digunakan sudah lama dan malangnya, tiada spare parts yang tersedia untuk model tersebut. Customer sudah cuba cari auto gate repairer di PJ termasuk kami, tetapi kami terpaksa maklumkan yang autogate lama tersebut tidak dapat dibaiki. Apa yang kami boleh cadangkan ialah pasang autogate baru dengan motor sliding yang lebih baik, tahan lama dan mudah untuk dapatkan spare parts di masa hadapan, supaya masalah yang sama tidak berulang.

Beberapa hari kemudian, customer menghubungi semula dan mengesahkan untuk pasang autogate baru menggunakan Tronica® Sliding Autogate System. Mereka memilih kami kerana mempercayai latar belakang syarikat dan pengalaman kami dalam pemasangan autogate, selain melihat review positif untuk Tronica®-1500 AC sliding autogate motor yang terbukti tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai jenis sliding gate. Dengan pemasangan sistem baru ini, customer kini boleh menggunakan autogate dengan lancar, selamat, dan tanpa risau tentang spare parts pada masa akan datang.

 

Sliding Auto Gate Services

Sliding Auto Gate Services

 

 

Syarikat Autogate Terbaik Dengan Sistem Autogate Berkualiti Tinggi

 

Macam mana kami kekalkan auto gate company kami sejak dari 1996. Dari hari ke bulan ke tahun kami sentiasa meningkatkan skill kami untuk auto gate arm installation, auto gate sliding system installation dan auto gate motor repair. Kami menyimpan stok autogate spare parts untuk famous auto gate brands Malaysia. Kami juga memberikan auto gate after sales support, auto gate warranty yang terbaik. Kami hanya supply best brand auto gate system sama ada sliding auto gate motor brands atau arm auto gate system brands dan high quality auto gate system salah satunya Tronica® Autogate System.

Tidak kira jenama auto gates sliding system yang anda gunakan seperti Tronica, G-force, KRON, FBM, Celmar, FAAC Auto Gate, FAAC Autogate, DEA Autogate sama ada untuk pemasangan dan baiki, kami boleh lakukannya dengan cemerlang.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate