Autogate Rosak? Ada Spare Parts Ganti Arm Autogate Tanpa Tukar Satu Set
Autogate Rosak? Ada Spare Parts Ganti Arm Autogate Tanpa Tukar Satu Set
Dr Autogate kami menyediakan servis baiki dan penggantian arm autogate sahaja, sama ada satu unit atau kedua-dua belah arm autogate. Dengan adanya stok spare parts autogate yang mencukupi, kami boleh bantu customer selesaikan masalah autogate tanpa perlu menukar satu set autogate yang baru. Ramai customer ingat bila autogate rosak mesti tukar semua, padahal dalam banyak kes hanya satu bahagian sahaja yang bermasalah. Cara ini lebih jimat, cepat dan tidak membebankan kos.
Selain arm autogate, kami juga menyediakan pelbagai spare parts autogate lain seperti autogate motor, gearbox, PCB board, control panel, remote control set dan bateri autogate. Spare parts ini sesuai untuk pelbagai jenis dan jenama autogate, sama ada jenama tempatan atau antarabangsa. Dengan pengalaman dan stok yang lengkap, kami boleh kenal pasti punca masalah dengan cepat dan cadangkan penyelesaian yang paling sesuai supaya autogate anda boleh berfungsi semula dengan lancar.

Autogate Arm Repair Wangsa Maju
Kedua-dua Cougar Arm Autogate Lama Tidak Berfungai Dengan Baik
Kami menerima satu kes servis autogate di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang hanya memerlukan penggantian arm autogate sahaja. Customer menggunakan sistem Cougar autogate dan mengalami masalah pada kedua-dua arm, di mana sebelah langsung tidak berfungsi dan sebelah lagi bergerak sangat perlahan. Masalah ini telah diperiksa oleh repairer autogate lain, namun mereka memaklumkan bahawa spare parts Cougar arm autogate sudah tiada dan mencadangkan supaya customer menukar satu set autogate baru menggunakan jenama lain.
Customer berasa tidak berbaloi untuk tukar satu set autogate baru kerana motherboard dan remote control baru sahaja ditukar beberapa bulan lepas dan masih berfungsi dengan baik. Selain itu, customer juga kurang berminat dengan jenis sistem autogate baru yang dicadangkan. Atas cadangan rakan yang menggunakan Tronica® arm autogate, customer menghubungi kami untuk mendapatkan pandangan dan penyelesaian yang lebih menjimatkan.
Selepas pemeriksaan, kami gantikan kedua-dua arm Cougar autogate kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate. Pemasangan dan setting dibuat dengan teliti supaya autogate dapat berfungsi dengan lancar menggunakan sistem sedia ada. Customer sangat lega kerana hanya perlu tukar arm autogate sahaja dengan harga yang berpatutan. Sebagai kerja tambahan, customer juga meminta kami menggantikan stainless steel autogate wheels, dan semuanya dapat diselesaikan dalam satu lawatan tanpa sebarang masalah.

Arm Autogate Spare Parts Wangsa Maju
Tidak Kira Masalah Autogate Anda, Kami Boleh Membaikinya
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu, sama ada masalah autogate arm, autogate tak boleh buka guna remote control, autogate pelaham, autogate buka separuh, autogate motherboard kena kilat, bracket autogate tercabut dan roda autogate lompat keluar dari trek. Dengan autogate team kami yang berpengalaman dan auto gate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti kron, fbm, oae, dnor 212 autogate, dnor 712 autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate, cougar autogate ataupun millie’s autogate.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan baiki autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica®Autogate System. Dr Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!
Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini
- Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
- Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
- Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis
Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.
Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate





