Remote Auto Gate Repair Klang

Autogate Klang – Baiki Dnor Autogate Remote Control/ Remote Receiver

Baiki Dnor Autogate Remote Control/ Remote Receiver

 

Masalah autogate remote control memang kerap berlaku dan puncanya boleh jadi macam-macam. Ada kalanya remote autogate itu sendiri sudah rosak, bateri remote autogate habis atau butang keyfod remote autogate dah haus sebab lama digunakan. Tapi kalau anda dah tukar bateri dan semua remote autogate tak boleh digunakan, besar kemungkinan masalah datang daripada autogate remote receiver. Autogate remote receiver ini biasanya terletak di dalam kotak autogate dan berfungsi menerima isyarat daripada remote untuk buka dan tutup gate.

Masalah remote receiver rosak ni boleh dianggap antara masalah autogate yang paling biasa kami jumpa. Hampir setiap hari kami buat servis baiki autogate remote control atau tukar remote receiver untuk pelanggan. Kadang-kadang receiver rosak sebab faktor usia, terkena air, litar terbakar atau sambungan wiring yang bermasalah. Berita baiknya, untuk kebanyakan kes, masalah ini masih boleh dibaiki atau diganti tanpa perlu tukar satu set autogate.

Kami faham betapa menyusahkan bila autogate tak boleh dibuka menggunakan remote, terutamanya bila nak keluar rumah dengan segera. Sebab itu kami sediakan servis baiki autogate remote dan remote receiver dengan pantas. Kami juga ada stok spare parts remote receiver untuk pelbagai jenis autogate. Selepas pemeriksaan dan pembaikan dibuat, kami akan pastikan autogate anda boleh dibuka dan ditutup semula menggunakan remote dengan lancar seperti biasa.

 

Folding Autogate Services Klang

Folding Autogate Services Klang

 

 

Autogate Receiver Lama Telah Rosak – Kami Tukar 433MHz Remote Set

 

Kami menerima panggilan servis baiki autogate remote dari Klang melibatkan sistem Dnor swing autogate. Customer mengadu autogate tak boleh dibuka menggunakan remote, tetapi masih boleh berfungsi jika guna suis autogate di dalam rumah. Customer juga telah cuba tukar bateri remote autogate, lampu remote menyala seperti biasa, namun autogate tetap tidak memberi respon. Apabila semua remote Dnor 212 mengalami masalah yang sama, ini menandakan puncanya bukan daripada remote control, tetapi kemungkinan besar daripada autogate remote receiver atau sistem kawalan autogate itu sendiri.

Selepas team kami datang dan lakukan diagnosis, kami dapati autogate remote receiver memang telah rosak. Untuk selesaikan masalah ini dengan cepat, kami gantikan satu set 433MHz autogate remote yang lengkap, termasuk 1 unit 433MHz remote receiver dan remote control baru. Remote 433MHz ini adalah versi terkini, berkualiti tinggi dan boleh digunakan dari jarak yang lebih jauh. Selepas penggantian dibuat, autogate kembali berfungsi seperti biasa menggunakan remote baru, manakala remote lama tidak lagi boleh digunakan kerana perbezaan jenis dan frekuensi. Dengan stok spare parts yang kami bawa, masalah autogate dapat diselesaikan terus pada hari yang sama tanpa perlu tunggu lama.

 

 

Remote Auto Gate Repair Klang

Remote Auto Gate Repair Klang

 

 

Masalah Autogate Akan Menyusahkan – Baikinya Segera

 

Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.

Sekiranya anda perlu pemasangan autogate baru tidak kirang swing atau folding auto gate, kami sangat syorkan Tronica® Arm Autogate System merupakan salah satu jenama autogate terbaik yang autogate tahan lasak dan autogate tahan lama.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!