Swing Autogate Baru Bukit Jelutong

Autogate Bukit Jelutong – Guna Arm Autogate Berbeza Dan Rosak

Guna Arm Autogate Berbeza Dan Rosak

 

Ramai pelanggan yang datang kepada kami sebenarnya bukan dari pemasangan asal kami. Mereka hubungi sebab autogate yang baru dipasang atau baru dibaiki dah mula rosak semula, tapi kontraktor autogate asal langsung tak mahu bertanggungjawab atau terus hilang tanpa khabar. Kami faham perasaan macam ni dah habis duit pasang sistem baru, tapi bila ada masalah, tak ada siapa yang nak tolong. Sebab tu kami sentiasa terbuka bantu pelanggan walaupun bukan dari pemasangan asal kami. Bagi kami, yang penting autogate anda kembali berfungsi seperti biasa.

Masalah macam ni sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan kontraktor autogate yang salah. Ramai yang hanya tengok harga murah tanpa tahu kualiti kerja dan produk yang digunakan. Kadang-kadang kontraktor guna barang tiruan, stock old model atau barang terpakai tanpa beritahu pelanggan. Bila rosak, mereka tak ada spare part dan akhirnya tak dapat selesaikan masalah tu. Sebab itu penting sangat untuk buat sedikit penyelidikan sebelum pasang tengok reputasi syarikat, tanya jenama autogate yang digunakan, dan pastikan mereka ada servis selepas jualan kalau apa-apa jadi.

Kalau anda nak elak situasi macam ni, anda tak perlu pening lagi. Hubungi Dr Automation, kami sediakan semua keperluan berkaitan autogate daripada pemasangan, pembaikan, servis berkala, sampai spare parts original untuk pelbagai jenama. Kami bukan sekadar pasang dan tinggalkan, tapi juga beri sokongan selepas jualan bila-bila masa anda perlukan bantuan. Dengan pasukan juruteknik berpengalaman dan servis yang boleh dipercayai, anda boleh guna autogate dengan tenang tanpa risau siapa nak tolong bila rosak nanti.

 

 

Arm Autogate Installation Bukit Jelutong

Arm Autogate Installation Bukit Jelutong

 

 

Arm Autogate Secondhand Yang Digunakan Rosak

 

 

Berdasarkan apa yang beritahu customer dari Bukit Jelutong Shah Alam ini dimana beberapa bulan lepas dia ada masalah sebelah arm autogate tidak berfungsi dan ada kontraktor baiki autogate Shah Alam datang, disebabkan mereka tidak ada arm autogate yang sama, mereka gunakan jenama arm autogate lain tapi bukan arm autogate baru, arm autogate secondhand kerana mereka tiada autogate spare parts sekarang dan janjikan warranty 6 bulan untuk arm autogate terpakai tersebut. Setelah hampir sebulan, arm autogate secondhand yang mereka pasang tidak berfungsi dengan baik, hanya buka separuh jalan dan berhenti. Jadi customer cuba hubungi pemasang autogate tersebut berulang kali, tetapi tak dapat. Ingin ke kedai, showroom atau pejabat pun mereka tak ada.

Sekarang customer lebih berhati-hati dan mencari reputable autogate company, bandingkan syarikat autogate yang ada dan tanya pada kenalan. Rakan sekerja customer yang syorkan untuk hubungi Dr Autogate, dimana telah menggunakan Tronica® autogate yang kami pasang sejak 2017 tidak pernah ada masalah. Customer juga inginkan pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System kerana tidak mahu membaiki autogate lamanya lagi.

 

Swing Autogate Baru Bukit Jelutong

Swing Autogate Baru Bukit Jelutong

 

Servis Autogate Terbaik Di Selangor And KL

 

Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Dr Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer hilang, kami juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan.

Kami bukan sahaja supply auto gate motor and install auto gate system, kami juga melakukan auto gate repair service dengan penyelesaian masalah autogate rosak anda. Sekiranya anda tidak pasti dengan masalah autogate anda, biar kami datang membantu atau anda ingin buat keputusan untuk install new automatic gate system, sistem pintu pagar automatik boleh ke autogate showroom Shah Alam kami. Kami merupakan top autogate company in Malaysia, top autogate installer in Shah Alam, yang merupakan autogate specialist Shah Alam, selangor yang merupakan autogate supplier Shah Alam dengan best auto gate motor in Malaysia.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!

Folding Auto Gate Services Puchong

Baiki Dnor Autogate Dan Servis Tambahan Tukar Roda Pagar

Baiki Dnor Autogate Dan Servis Tambahan Tukar Roda Pagar

 

Banyak kes semasa kami buat pemasangan atau servis autogate, biasanya akan ada masalah tambahan yang customer sendiri tak sangka. Contohnya, bila datang untuk baiki autogate motor atau control panel, selalunya kami akan jumpa isu lain seperti roda gate rosak, gate bearing haus, atau masalah welding autogate. Nasib baik, team kami lengkap dengan juruteknik berpengalaman, alat lengkap dan spare parts autogate, jadi kami boleh terus buat semua kerja sekaligus. Ini membuatkan customer tak perlu tunggu lama-lama dan semua masalah autogate boleh diselesaikan dalam satu masa sahaja.

Baru-baru ini, kami dapat panggilan dari seorang customer di Puchong yang menggunakan Dnor 712 swing autogate. Mereka cakap autogate tiba-tiba tak boleh buka selepas rumah mereka alami trip elektrik sebab kilat kuat. Masa itu, mereka langsung tak boleh keluar kereta. Customer cuba hubungi original autogate installer, tapi tak berjaya. Jadi mereka cari “reliable autogate repair near me” dan jumpa kami di Dr Autogate. Kami terus aturkan juruteknik untuk pergi ke rumah mereka.

 

Auto Gate Roller Repair Puchong

Auto Gate Roller Repair Puchong

 

 

Kami Tukar Autogate Motherboard Dan Tukar 304 Stainless Steel Roller Gate

 

Setibanya di lokasi, pemeriksaan menunjukkan autogate control panel dan transformer autogate terbakar akibat kilat. Customer bersetuju untuk kami gantikan dengan Dnor autogate motherboard dan transformer baru yang berkualiti tinggi. Selepas pemasangan, kami buat testing untuk pastikan semua fungsi autogate berjalan lancar. Semasa pemeriksaan, kami juga perasan folding gate tercabut dan banyak roller autogate rosak, masalah yang customer sendiri tak sedar kerana kontraktor lama belum sempat baiki.

Kami terus tawarkan servis gantikan roller autogate kepada customer, dan mereka bersetuju. Kami supply dan pasang 2 unit roller baru menggunakan material stainless steel 304 yang tahan lama. Dengan penggantian ini, semua roller yang rosak dapat diganti, dan folding gate kembali berfungsi dengan baik. Customer sangat lega kerana semua masalah selesai dalam satu masa sahaja tanpa perlu panggil kontraktor lain.

Akhirnya, Dnor 712 swing autogate di rumah customer di Puchong kembali berfungsi seperti biasa. Dari control panel, transformer, hingga roller, semua selesai sekali gus. Customer puas hati dengan servis kami yang cepat, mudah, dan lengkap. Inilah antara sebab ramai pelanggan terus pilih Dr Autogate bila ada masalah autogate kerana kami boleh selesaikan semua isu dalam satu masa dengan cepat dan professional.

 

Folding Auto Gate Services Puchong

Folding Auto Gate Services Puchong

 

 

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda

 

Dr Autogate gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Kami sentiasa pastikan masalah autogate setiap customer dapat dibetulkan pada masa kami datang. Sebab itu kami sentiasa membawa semua original dan high quality auto gate spare parts. Jadi selesai kami lakukan troubleshooting, sudah tahu punca masalah autogate yang berlaku dan dengan persetujuan customer dari segi alat ganti digunakan dan harga autogate parts tersebut, kami boleh terus menggantikannya.

Itu yang kami katakan penyelesaian autogate dalam satu hentian dibawah satu bumbung, kami datang boleh selesaikan semula masalah autogate dalam satu masa. Kami mempunyai team yang berkemahiran dan membawa semua autogate spare parts disana termasuklah set Tronica® autogate baru.

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate

Repair Autogate Remote Control Subang Jaya

Autogate Subang Jaya – Autogate Remote Kena Dekat Baru Boleh Guna?

Autogate Subang Jaya – Autogate Remote Kena Dekat Baru Boleh Guna?

 

Servis kami diperlukan di Subang Jaya sudah lama menghadapi masalah dengan autogate remote control di rumahnya. Menurut customer, setiap kali ingin buka atau tutup autogate, dia perlu berdiri dekat dengan kotak autogate barulah remote boleh berfungsi. Jika berada jauh sedikit dari pagar autogate, remote kunci autogate langsung tidak memberi respon. Walaupun sudah tukar bateri autogate remote yang baru, masalah tersebut masih sama dan tidak berubah. Situasi ini memang menyusahkan kerana walaupun rumah sudah ada sistem autogate, tetapi masih perlu turun dari kereta dan berjalan dekat ke kotak autogate untuk buka pagar.

Customer juga memberitahu bahawa dia sudah beberapa kali cuba hubungi installer autogate asal untuk datang memeriksa masalah tersebut. Namun setiap kali hubungi, mereka hanya memberitahu bahawa autogate tidak rosak dan meminta customer terus guna dahulu. Mereka juga beritahu technician tiada kerana semua sedang outstation. Jadi masalah ini berlarutan agak lama tanpa sebarang penyelesaian. Lama-kelamaan keadaan menjadi semakin teruk sehingga fungsi remote semakin tidak stabil.

Pada pagi kejadian, customer ingin keluar rumah tetapi autogate remote control langsung tidak berfungsi. Walaupun sudah berdiri dekat dengan kotak autogate, gate tetap tidak boleh dibuka. Akibatnya kereta customer tersangkut di dalam rumah dan tidak boleh keluar. Dalam keadaan yang agak urgent itu, jiran customer mencadangkan supaya hubungi Dr Autogate. Jirannya pernah menggunakan servis kami sebelum ini dan memberitahu bahawa servis kami cepat, technician boleh datang dengan segera dan biasanya sudah membawa spare parts yang diperlukan.

 

Repair Autogate Cannot OpenSubang Jaya

Repair Autogate Cannot OpenSubang Jaya

 

 

Puncanya Akibat Remote Receiver Autogate Rosak

 

Selepas menerima panggilan daripada customer, kami terus menetapkan appointment dan datang pada hari yang sama kerana customer memang memerlukan bantuan dengan segera. Apabila sampai di lokasi, technician kami terus membuat pemeriksaan pada sistem autogate tersebut untuk mencari punca sebenar masalah. Pemeriksaan dilakukan pada beberapa komponen seperti remote, wiring dan juga receiver autogate.

Hasil pemeriksaan mendapati masalah sebenarnya berpunca daripada autogate remote receiver yang sudah rosak dan tidak lagi dapat menerima signal daripada remote control. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kami menggantikan satu set autogate remote receiver yang baru bersama 3 unit autogate remote control. Selepas pemasangan selesai, kami melakukan beberapa kali testing untuk memastikan autogate boleh dibuka dan ditutup dengan lancar dari jarak jauh. Akhirnya autogate kembali berfungsi seperti biasa dan customer boleh menggunakan remote dengan mudah tanpa perlu turun dari kereta lagi.

 

Repair Autogate Remote Control Subang Jaya

Repair Autogate Remote Control Subang Jaya

 

 

 

Masalah Autogate Akan Menyusahkan – Baikinya Segera

 

 

Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubung kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.

Sama ada anda menghadapi masalah dengan autogate sedia ada atau memerlukan pemasangan autogate baru Tronica® Autogate System. Terdapat beberapa model Tronica® Autogate System yang kami supply and install antaranya, untuk folding swing autogate Tronica® 929 Arm Autogate System Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Untuk Sliding autogate kami ada Tronica® 1500 Sliding Autogate Motor dan Tronica® 2000 AC Sliding Autogate System.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!

Kami Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Ramadan yang penuh berkat telah kita tinggalkan, dan kini hampir tiba Syawal yang dinanti-nantikan. Hari Raya membawa kegembiraan dan keindahan yang tidak ternilai, disambut dengan rasa suka dan penuh keceriaan. Di kesempatan ini, kami di Dr Autogate ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan rakan-rakan, serta memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan yang lalu.

 

 

 

Meriahnya Raya

 

Tentu sekali, Hari Raya tidak lengkap tanpa juadah istimewa seperti lemang, ketupat, rendang, dan pelbagai jenis kuih muih yang menjadi tradisi di meja makan. Keistimewaan juadah ini menjadi simbol kebahagiaan yang dikongsi bersama keluarga tercinta.

Bagi mereka yang pulang ke kampung, kami ingin mengingatkan supaya sentiasa memandu dengan berhemah dan berhati-hati. Semoga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan, agar dapat menyambut Hari Raya bersama orang tersayang dengan penuh kegembiraan dan ketenangan.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda yang telah terus memberi sokongan kepada kami. Tanpa anda, kami tidak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih kerana mempercayai kami.

 

 

 

Dapatkan Tronica Autogate Hari Ini

 

Jangan lupa, jika anda memerlukan pemasangan sistem autogate Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica Autogate Sliding, sama ada untuk kali pertama atau sebagai pengganti autogate lama yang bermasalah, kami di Dr Autogate sedia membantu. Kami juga menyediakan servis pembaikan autogate dan pelbagai jenis spare parts untuk semua jenis autogate. Hubungi kami segera untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!

https://wa.me/60122956299

Install Tronica Autogate Damansara

Upgrade Autogate Lama Celmer Underground Swing ke Tronica® 828 Arm Autogate

Upgrade Autogate Lama Celmer Underground Swing ke Tronica® 828 Arm Autogate

 

Baru-baru ini kami dihubungi oleh seorang customer dari Damansara Jaya yang ingin memasang autogate baru di rumahnya. Sebelum ini rumah tersebut menggunakan Celmer underground swing autogate, tetapi sistem itu sudah lama rosak dan tidak digunakan lagi. Disebabkan itu customer hanya menggunakan pagar secara manual untuk buka dan tutup setiap hari. Selepas beberapa lama, akhirnya customer ada bajet untuk pasang autogate baru dan mula mencari sistem yang lebih sesuai dan tahan lama. Customer juga beritahu bahawa jirannya yang mencadangkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, kerana jiran tersebut sudah menggunakan sistem itu hampir 6 tahun dan setakat ini masih berfungsi dengan baik tanpa masalah besar.

Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana proses pemasangan dilakukan apabila tukar daripada underground autogate kepada arm autogate. Sebenarnya prosesnya tidak terlalu rumit. Untuk underground autogate lama, biasanya kami akan biarkan sahaja di tempat asal dan tidak perlu cabut keluar. Ini kerana bahagian underground itu sudah tertanam dalam lantai dan jika dibuka sepenuhnya ia boleh merosakkan struktur lantai atau memerlukan kerja tambahan yang lebih besar. Apa yang kami lakukan ialah membuat satu lubang kecil untuk keluarkan wiring autogate supaya boleh disambungkan kepada sistem autogate yang baru.

Selepas itu barulah proses pemasangan arm autogate dilakukan. Kami akan pasang bracket pada tiang pagar untuk menyokong arm autogate dan memastikan ia dipasang dengan kukuh serta berada pada kedudukan yang betul. Kemudian wiring disambungkan kepada control board dan sistem akan diuji untuk memastikan autogate boleh buka dan tutup dengan lancar. Kini pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System di rumah customer tersebut sudah siap sepenuhnya dan autogate boleh digunakan dengan lebih mudah dan selesa setiap hari.

 

 

Underground Autogate Replacement Damansara

Underground Autogate Replacement Damansara

 

 

Dapatkan Tronica® Arm Autogate System

 

Perlukan reputable autogate company dan reliable autogate system pemasangan autogate baru dirumah anda bagi menggantikan sistem autogate lama? Anda boleh datang ke tempat yang betul, EE Automation kami merupakan top auto gate company malaysia dan top auto gate installer klang valley. Kami mempunyai heavy duty autogate series iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System yang direka untuk semua jenis swing gate/ folding gate design, ia juga tahan lama dan tahan lasak.

Ini Tronica® Arm Autogate Package, semua autogate components seperti dibawah

  • Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
  • Autogate Control Board
  • Transformer
  • Backup Battery
  • PVC Box
  • Remote Control x 3

Semua autogate components di atas adalah heavy duty autogate motor dan high quality autogate components diberikan.

 

 

Install Tronica Autogate Damansara

Install Tronica Autogate Damansara

 

 

Autogate Installer Teratas Dan Dipercayai Di Selangor KL

 

Apabila customer berasa yakin dengan service autogate kita, mereka akan terus confirm. Sebab itu kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua customer kami. Sebab itu setiap hari kami akan install Tronica® Autogate, tapi anda jangan risau, stok Tronica® Autogate System kami sentiasa ada, kami sentiasa tambah stok jadi bila-bila masa sahaja boleh pasang autogate untuk anda. Sama juga dengan autogate repair service, setiap kami banyak repair autogate yang bukan kami pasang dulu. Masalah autogate dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan berkesan. Hubungi kami untuk lebih info.

Cepat dapatkan Tronica® Autogate System sekarang untuk pemasangan autogate baru atau gantikan sistem autogate rosak anda Tronica® autogate stock tersedia, bila-bila masa sahaja boleh pasang. Yang ada masalah autogate pula seperti autogate tak boleh buka, autogate tak berfungsi, roda autogate rosak, auto gate roller jump off track, autogate roller damaged semua ada dalam senarai kami, semua kami boleh selesaikan dengan mudah.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate

Repair Stainless Steel Arm Autogate Cheras

Servis Tukar Arm Autogate Sebelah Sahaja Dengan Spare Parts Original

Servis Tukar Arm Autogate Sebelah Sahaja Dengan Spare Parts Original

 

Ramai pemilik rumah ingat kalau arm autogate rosak, mesti kena tukar kedua-dua belah sekali. Sebenarnya tidak semestinya begitu. Jika hanya satu bahagian arm autogate yang rosak, dalam banyak keadaan kita boleh ganti satu unit sahaja tanpa perlu tukar satu set sistem autogate yang baru. Semuanya bergantung pada keadaan sistem dan sama ada model arm tersebut masih ada di pasaran. Kadang-kadang kita boleh guna model yang sama, dan ada juga kes di mana arm autogate boleh digantikan dengan model lain yang masih sesuai dengan sistem sedia ada.

Perkara yang paling penting ialah pengalaman installer atau technician autogate yang membuat pemeriksaan. Technician yang berpengalaman biasanya boleh mengenalpasti sama ada tukar sebelah arm sahaja sudah mencukupi atau memang perlu tukar kedua-dua sekali. Jika terus disuruh tukar satu set autogate tanpa penjelasan yang jelas, sebaiknya dapatkan pendapat daripada technician lain juga. Ini kerana kadang-kadang kerosakan sebenarnya kecil sahaja dan masih boleh dibaiki atau diganti pada bahagian tertentu sahaja.

Di tempat kami, kami sentiasa menyimpan pelbagai spare parts autogate termasuk arm autogate untuk pelbagai model. Ini memudahkan kami membantu customer yang hanya perlu tukar satu unit arm autogate sahaja tanpa menukar keseluruhan sistem. Kami akan datang buat pemeriksaan terlebih dahulu, kemudian terangkan keadaan sebenar autogate anda. Jika boleh tukar sebelah sahaja, kami akan cadangkan cara yang lebih jimat itu. Tujuan kami adalah untuk memastikan autogate kembali berfungsi dengan baik, kerja dilakukan dengan kemas, dan pelanggan tidak perlu mengeluarkan kos yang terlalu tinggi.

 

 

Repair Stainless Steel Arm Autogate Cheras

Repair Stainless Steel Arm Autogate Cheras

 

 

1 Unit Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate Diperlukan

 

Salah satu customer daripada Cheras memerlukan servis baiki autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Apabila kami tanya jenama autogate arm yang digunakan, customer sendiri tidak pasti kerana sudah lama dan tulisan jenamanya telah hilang. Dari apa yang customer beritahu, dia ada cuba hubungi original autogate installer, tapi tak dapat dan ada customer dapat maklumat yang syarikat autogate tersebut sudah biasa. Itu yang customer hubungi kami, kawannya yang syorkan.

Memandangkan sistem autogate yang kami pasang sudah agak lama dan tiada keluar lagi untuk autogate model lama tersebut, kami telah syorkan arm autogate model lain iaitu Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Different model, after tukar mungkin nanti speed tak sama, tak synchronize. Kami terangkan pada customer dan customer setuju, baginya janji autogate berfungsi semula dan boleh buka tutup seperti biasa. Customer juga minta kami gantikan backup battery autogate kerana sudah kong, apabila tiada elektrik autogae tak boleh buka. Sekarang swing autogate customer bergerak dengan sangat lancar.

 

Tukar Dengan Tronica Arm Autogate

 

Bagi menggantikan arm autogate sekiranya anda menggunakan famous autogate brand seperti tronica, dream gate, kron, fbm, dnor, oae, rds, e8 arm autogate atau beberapa model lain, kami ada spare parts untuk gantikan dengan jenama autogate sama, jika ada ingin tukar ke model lain juga tiada masalah, mungkin ada tidak berpuas hati dengan prestasi autogate arm sebelum ini, boleh sahaja dapatkan jenama arm autogate yang lebih bagus seperti Tronica Arm Autogate.

Hubungi kami sekarang untuk baiki autogate anda autogate Selangor, autogate Kuala Lumpur, autogate Cheras, autogate Ampang, autogate Gombak, autogate Petaling Jaya, autogate Puchong, autogate Subang Jaya, autogate Shah Alam, auto gate kota kemuning, autogate Bangi, autogate Kajang dan seluruh Lembah Klang.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 295 6299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!

https://wa.me/60122956299

Pasang Autogate Baru Bangi

Autogate Bangi – Swing Autogate Sudah Lama, Pasti Akan Ada Masalah

Swing Autogate Sudah Lama, Pasti Akan Ada Masalah

 

Tidak kira apa jenis atau jenama sistem autogate yang anda gunakan, selepas digunakan bertahun-tahun biasanya akan mula ada masalah. Ini perkara biasa kerana autogate mempunyai banyak komponen mekanikal dan elektronik yang bekerja setiap hari. Antara masalah yang selalu berlaku ialah arm autogate tidak bergerak, satu side pintu tidak buka, pergerakan jadi perlahan atau tersekat-sekat. Kadang-kadang masalah juga boleh datang daripada komponen lain seperti control panel, remote receiver, limit switch atau wiring yang sudah lama digunakan atau terdedah kepada panas dan hujan setiap hari.

Bila autogate sudah mula menunjukkan tanda-tanda seperti ini, penggunaan harian boleh jadi agak menyusahkan. Ada masa autogate tidak respon apabila tekan remote, ada masa pula pintu tidak tutup rapat. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga boleh memberi risiko keselamatan kepada rumah jika pintu tidak dapat ditutup dengan betul. Sebab itu apabila autogate sudah kerap rosak atau perlu baiki selalu, ramai pemilik rumah mula mempertimbangkan sama ada masih berbaloi untuk repair atau lebih baik tukar sistem autogate baru.

Dengan menggunakan sistem autogate yang baru dan lebih moden, penggunaan harian biasanya jadi lebih lancar dan kurang masalah. Antara sistem yang sering menjadi pilihan ialah Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica®-929 Arm Autogate System yang terkenal dengan ketahanan dan prestasi yang stabil. Jika anda tidak pasti sama ada autogate lama masih boleh dibaiki atau perlu ditukar, technician kami boleh datang buat pemeriksaan terlebih dahulu. Kami akan check keadaan arm, control board dan komponen lain sebelum cadangkan solusi terbaik supaya autogate anda boleh kembali berfungsi dengan baik dan tahan lama.

 

Swing Autogate Services Bangi

Swing Autogate Services Bangi

 

Arm Autogate Motor Lama Lemah, Pasang Tronica® Autogate Set Baru

 

Sudah agak lama customer di Bangi ini menggunakan folding arm autogate stainless steel dan dari apa yang customer beritahu pernah juga tukar autogate motherboard serta beberapa komponen autogate lain dan sekarang kedua-dua autogate arm folding bergerak perlahan, arm autogate dc motor dah lemah. Jadi sebelum terus mati tak boleh pakai, customer buat keputusan untuk pasang autogate baru. Setelah lakukan survey dan akhirnya customer yakin dengan Dr Autogate untuk pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System yang merupakan autogate terbaru 2026.

Kami datang dengan menanggalkan semua autogate parts lama, dan pasang Tronica® autogate set baru yang berkualiti tinggi. Setelah selesai pemasangan kron autogate, lakukan testing dengan buka dan tutup autogate beberapa kali. Apabila customer berpuas hati, barulah kami ke rumah customer yang lain.

 

Pasang Autogate Baru Bangi

Pasang Autogate Baru Bangi

 

 

Hubungi Kami Untuk Pasang Dan Baiki Autogate

 

Kami bukan sahaja supply auto gate motor and install auto gate system, kami juga melakukan auto gate repair service dengan penyelesaian masalah autogate rosak anda. Sekiranya anda tidak pasti dengan masalah autogate anda, biar kami datang membantu atau anda ingin buat keputusan untuk install new automatic gate system, sistem pintu pagar automatik boleh ke autogate showroom Bangi kami. Kami merupakan top autogate company in Malaysia, top autogate installer in Klang, yang merupakan autogate specialist Bangi, selangor yang merupakan autogate supplier Bangi dengan best auto gate motor in Malaysia.

Autogate lama ada bermasalah? Fedup selalu kena dibaiki? Bolehlah berhenti membaiki dan dapatkan reliable auto gate system untuk gantikan pintu pagar automatik lama dan dapatkan automatic gate baru. Yang paling terbaik hasil dari kajian kami, iaitu Tronica® Arm Autogate System. Pemasangan autogate memang kepakaran kami dan kami juga pakar dalam servis baiki autogate jenama autogate dan tidak kira masalah autogate apa yang anda hadapi.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate

元宵节快乐

元宵节快乐

 

今天是元宵节,也象征着农历新年的圆满结束。在这个团圆与喜庆的日子里,我们一起庆祝、感恩与祝福新的一年更加顺利与美好。

 

 

 

春节期间,大家都会观赏舞狮表演,热闹的锣鼓声带来好运与祝福。舞狮象征着兴旺与吉祥,为商家与家庭增添喜气。同时,我们也会品尝传统美食年糕(年年高升),寓意新的一年事业进步、生活甜蜜、步步高升。

感谢一直以来支持我们的客户。我们提供专业自动门与电动门维修服务,服务时随车携带常用零件,大部分门轨、滚轮及系统问题都可以现场快速解决,让您的自动门恢复正常运作。
联系电话:012-2956299
WhatsApphttps://wa.me/60122956299

OAE Arm Autogate Repair Klang

Tukar 1 Unit Arm Autogate Lama Rosak Anda Dengan Tronica®

Tukar 1 Unit Arm Autogate Lama Rosak Anda Dengan Tronica®

 

 

Ramai pemilik rumah yang guna autogate lama selalu hadapi situasi sama bila satu batang arm autogate rosak. Biasanya installer asal akan cadangkan tukar satu set baru terus, dengan alasan susah nak cari autogate spare parts atau model dah lama. Bila dengar kena tukar full set, memang rasa terbeban sebab kosnya bukan sikit, sedangkan arm autogate motor atau autogate arm sebelah lagi masih elok dan boleh guna. Hakikatnya, tak semua kes perlu tukar satu sistem baru.

Di tempat kami, kami memang biasa buat kerja tukar arm autogate sahaja tanpa ganggu sistem lain yang masih baik. Kalau rosak satu batang, kita tukar satu. Kalau kedua-duanya dah lemah, baru tukar sepasang. Kami ada stok spare parts untuk pelbagai jenama seperti OAE, FBM, Dnor, KRON, dan E8. Jadi tak perlu pening nak cari alat ganti sendiri atau tunggu lama untuk order dari luar.

Kami akan periksa dulu keadaan sebenar autogate anda dan cadangkan penyelesaian paling sesuai ikut keadaan dan bajet sama ada anda ingin tukar arm autogate dengan model autogate yang sama (jika ada) atau tukar satu unit arm dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan Tronica® 929 Arm Autogate. Kalau masih boleh jimat dengan tukar satu bahagian sahaja, kami akan beritahu dengan jujur. Matlamat kami bukan nak paksa tukar set baru, tapi nak pastikan autogate rumah anda kembali berfungsi dengan kos yang berpatutan dan tahan lama.

 

OAE Arm Autogate Repair Klang

OAE Arm Autogate Repair Klang

 

 

OAE 333A Arm Autogate 1 Unit Perlu Digantikan

 

 

Baru-baru ini kami terima panggilan daripada seorang customer di Klang yang gunakan sistem OAE 333A. Masalahnya cuma satu batang arm autogate rosak, tapi bahagian lain seperti remote, receiver dan control board masih dalam keadaan baik. Installer asal beritahu spare parts sudah tiada dan cadangkan tukar satu set autogate baru terus. Customer rasa rugi sebab komponen lain masih elok dan belum lama guna, jadi dia cari second opinion dan hubungi kami untuk pemeriksaan.

Bila team kami datang check, sebenarnya spare parts untuk OAE 333A memang masih ada. Kami terangkan pilihan yang ada sama ada tukar satu arm sahaja atau upgrade ke sistem baru yang lebih tahan lasak. Selepas berbincang, customer ambil keputusan untuk tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System sebab nak sistem yang lebih heavy duty untuk penggunaan harian. Kami pastikan pemasangan dibuat kemas dan sistem baru boleh sambung dengan komponen lama yang masih elok, jadi tak perlu tukar semua sekali.

Cara macam ni memang lebih jimat dan praktikal. Tak perlu membazir tukar satu set penuh kalau masih ada bahagian yang boleh digunakan. Dalam masa sama, customer dapat sistem yang lebih kuat, tahan lama dan kurang risiko rosak berulang. Kalau arm autogate rumah anda ada masalah, sama ada satu atau dua batang, jangan terus fikir kena tukar semua. Hubungi kami dulu, kami akan cadangkan solusi paling sesuai sama ada guna spare part sedia ada atau upgrade ke sistem yang lebih reliable ikut bajet dan keperluan anda.

 

Servis Baiki Dan Pasang Arm Autogate

 

Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate.

Kepada anda yang perlukan auto gate repair atau nak pasang autogate dengan cepat? Bolehlah hubungi kami sekarang. Juruteknik kami cekap tidak mengambil masa lama untuk repair autogate anda dengan masalah autogate untuk pelbagai jenama autogate dan untuk pemasangan autogate, hanya cara pasang autogate yang betul dan terbaik digunakan. Kami sangatlah recommend Tronica® Arm Autogate System, iaitu best autogate 2026 dengan autogate promotion include installation.

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012 – 2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate!

Gforce Sliding Autogate Repair Klang

Baiki G-Force Sliding Autogate – Motor Bergerak Dan Reverse Balik

Baiki G-Force Sliding Autogate – Motor Bergerak Dan Reverse Balik

 

Sekiranya anda tengah cari servis repair untuk sliding autogate motor yang cepat dan boleh dipercayai, kami di Dr Autogate memang sedia bantu. Tak kira motor lama atau baru, kami biasa uruskan pelbagai jenis masalah seperti autogate tak bergerak, bunyi kuat, tersangkut, remote tak respon atau board rosak. Untuk sistem Gforce SL1000 dan Gforce SL2000, kami ada stok spare parts lengkap seperti control board, transformer, limit switch, capacitor dan remote, jadi kebanyakan kes boleh siap baiki pada hari yang sama. Tak perlu tunggu lama atau risau barang tak ada, sebab kami memang fokus pada sliding autogate system.

Selain repair, kami juga buat pemasangan baru untuk pelbagai jenama termasuk Gforce Automation, Celmer dan MAG sliding autogate. Kami akan cadangkan sistem yang sesuai ikut jenis pagar dan kegunaan harian rumah anda supaya tahan lama dan tak mudah rosak. Kami tahu bila autogate rosak memang susah nak keluar masuk, jadi team kami akan cuba datang cepat dan selesaikan masalah sebaik mungkin. Kalau nak repair atau pasang sliding autogate baru, boleh terus hubungi kami untuk tanya harga atau set appointment.

 

 

Sliding Autogate Services Klang

Sliding Autogate Services Klang

 

 

G-Force Sliding Autogate Specialist Dan Spare Parts Tersedia

 

Baru-baru ini kami menerima panggilan daripada seorang customer di Klang yang menghadapi masalah dengan Gforce SL1000 AC sliding autogate. Setiap kali dia cuba menutup pagar, autogate hanya bergerak sikit dan kemudian reverse balik, tapi bila dibuka, tiada masalah. Customer cuba hubungi installer asal, tetapi mereka sudah tidak lagi menyediakan servis untuk Gforce dan menyarankan supaya pasang autogate jenama lain. Customer ingin cuba baiki sistem Gforce terlebih dahulu dan akhirnya mencari pakar sliding autogate, lalu berjumpa dengan kami.

Kami terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. Setelah diperiksa, punca masalah ialah limit switch autogate rosak, dan customer juga beritahu kadang-kadang autogate berhenti separuh jalan semasa motor masih berfungsi. Masalah ini berlaku kerana pinion gear autogate jenis nylon/plastik sudah haus, yang mana mudah rosak. Kami hanya gunakan metal pinion gear yang lebih tahan lama dan tidak mudah haus. Dengan stok spare parts autogate Gforce yang kami bawa, kami boleh terus gantikan limit switch dan metal pinion gear, dan semua kerja selesai dalam satu masa. Autogate kembali berfungsi lancar tanpa perlu menunggu lama atau gangguan berulang.

Selain itu, customer turut bertanyakan mengenai pemasangan swing autogate untuk rumah ibunya, kerana sistem MAG underground lama sudah rosak. Kami syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, motor autogate yang tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan harian. Customer terus set appointment untuk pemasangan Tronica® di rumah maknya. Kami di Dr Autogate sentiasa bersedia untuk repair atau pasang autogate baru, memastikan sistem autogate tahan lama, mudah diservis dan memberi ketenangan hati kepada pengguna.

 

 

Gforce Sliding Autogate Repair Klang

Gforce Sliding Autogate Repair Klang

 

 

 

Kami Bersedia Baiki Autogate Anda Dan Pasang Tronica Autogate System

 

Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Untuk pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan untuk menggunakan Tronica® autogate system. Bagi sliding autogate pula antaranya, Tronica® DC Sliding Autogate System dan Tronica®-1000 AC Sliding Autogate System. Untuk lebih info mengenail produk autogate kami sama ada Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System ataupun Tronica® Sliding Autogate dan autogate servives kami, boleh call sekarang.

Jika anda sedang mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Syarikat kami mempunyai juruteknik dan jurutera autogate dalaman yang pengalaman. Hubungi kami untuk menyelesaian masalah autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Dr Autogate bersama team autogate expert.

 

 

 

 

 

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley!

Dapatkan bantuan untuk memperbaiki autogate anda dalam 3 cara ini

  1. Ambil beberapa gambar autogate dan motor anda (dari kedua-dua bahagian)
  2. Hantarkan gambar tersebut melalui Whatsapp pada https://wa.me/60122956299
  3. Kami akan menghubungi anda untuk menetapkan masa untuk kami memberi servis

Apa yang anda fikirkan lagi, cepat hubungi Dr Autogate 012-2956299 untuk penyelesaian masalah autogate anda.

Nak Pasang Autogate, Nak Servis Autogate.. Call lah Dr Autogate